Ramai yang tanye dan kata;
ryu,x de fb ke??
wat la fb,senang orang nak 'like' macam blog-blog orang lain
tipu la takde fb
Buat la,senang nak contact
tapi apakan daya,ryu memang belum ada nafsu lagi nak wat akaun mukabuku.Nanti kalau dah muncul nafsu tu ryu wat ye..bole la kome 'like' bebanyak :)
Yeah sekarang ni manusia memang suka mengisi masa lapang dengan hobi yang berfaedah.
Kat bawah ni adalah hasil daripada hobi yang bermanfaat mereka
Selain itu,avatar mukabuku ini telah berevolusi kepada selain bentuk manusia semata-mata.
Sila lah tekan sini ye kalau nak tengok!
22.4.11
Rekabentuk sudugarfu@Cutlery yang luar dari biasa
Restoran mamak seperti Osman,Alif,Habib dan sebagainya perlu mengambil inisiatif menggunakan sudu dan garfu rekaan luarbiasa untuk digunakan pengunjung agar perasaan gembira terpancar di sanubari pengunjung ketika menikmati juadah yang dipinta.Restoran-restoran seluruh Malaysia juga perlu mengambil langkah sama untuk membendung masalah kekurangan pelanggan kerana keunikan merupakan daya penarik bagi sesebuah kedai makan.Tak sedap pun takpe!heh..




Banyak lagi disini
Ryu cakap:garfu punya post,mamak dapat nama...




Banyak lagi disiniRyu cakap:garfu punya post,mamak dapat nama...
19.4.11
Perhatian kepada Domo-maniac
kecumilan Domo-kun memang tidak dapat disangkal lagi.Kalau boleh,penggila karakter Domo ni nak pakai dari kepala sampai ke hujung kaki barang yang ada bersangkut-paut sengan Domo.Orang cakap ala-ala nampak iras Domo pon jadi,,,Saboorr jela 
Gadjet berkaitan Domo disini

Gadjet berkaitan Domo disini
Kek ini best
cool kan kek ni..mesti tetamu yang hadir pada majlis akan sentiasa ingat pada hari bersejarah ni :)
8.4.11
jika Pilihan Raya Sarawak ada mereka
19.3.11
3-D view Kaabah yang superb
Memang cool je bilamana penulis terpandang pemandangan kaabah dalam 3-D ini pada entri Encik Bedak Sejuk lima minit sebelum ini..Sila tekan sini untuk melihat pemanadangan tersebut sila tekan siniKredit untuk si bedak sejuk
*nanti kalau da balik JB blanje aku kepci :)
13.3.11
Bila action melampau-lampau
Atok ku pernah berkata "barulah hindustan..."
Kini baru ku fahami pengertiannya itu..
Ryu cakap:terlalu hebat untuk diperkatakan di khalayak umum.
Kini baru ku fahami pengertiannya itu..
Ryu cakap:terlalu hebat untuk diperkatakan di khalayak umum.
KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
Ryu cakap:aduh kesian aku!
Jom uji minda dengan matematik
11.3.11
4.3.11
31.1.11
Do-Rae-Mon
~An-an-an Totte Modaisukki Dor-rae-Monn~
Siapa bole lupa lirik lagu kegemaran hampir semua manusia di bumi terutamanya kat Malaysia.
Setiap hari sabtu malam pukul 7 dah tercegat depan tv sampai bergaduh dengan mak yang bertegas ingin menonton rancangan masakan kegemarannya.Kanak-kanak dan remaja sezaman dengan ryu pasti ingat dengan animasi Doraemon yang bermula 7 setengah di NTV7 pada setiap sabtu malam.Ryu pasti tidak dapat melupakan gadjet-gadjet hot yang dikeluarkan dari poket empat dimensi Doraemon.Memang dunia tanpa batasan imiginasi.
Hingga kehari ini pun,animasi Shin-Chan dan Doraemon masin gagah disiarkan umpama menjadi treadmark kepada stesyen siaran tersebut.
Doraemon memang comel di hati setiap manusia.Oleh itu,bilabilamasa mempersembahkan doraemon dalam bentuk cosplay.Enjoy!









Lagi diSiniSudah terbukti kecomelan Doraemon kegilaan ramai ni kan.Seterusnya,mungkin ramai diantara kita pelik kerana setelah sekian lama animasi Doraemon ini disiarkan,tak pernah pula tunjuk penamatnya kan..hurmm...Sebabnya mungkin taknak peminat-peminat Doraemon sedih dengan penamatnya yang sememangya sedih hingga mungkin boleh menyebabkan airmata berjurai-jurai menghempas bumi.
Ryu cakap:credit to Hiroshi FUJIMOTO sebab buat jiwa gua yang rock ni sebak!!!go Doraemon!go!Kepada bilik sesiapa yang berhabuk tu,kemas la.Nanti mata masuk habuk lagi (:
Anemona Dari Igor Pinigin
Bab Nikah

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.
Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.
"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.
Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:
# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.
Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara."Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).
"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .
Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.
"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .
"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.
Berlainan pula dengan couple (yang belum berkahwin dalam istilah remaja kini), ibu bapa lebih rela melihat anak mereka berdua-duaan ke mana sahaja. Bahkan menjadi trend dan kebanggaan bagi orang tua mereka melihat anaknya saling berpacaran ke sana ke mari. Ini merupakan proses normalisasi yang telah terbentuk dikalangan masyarakat kita yang saban hari mengikut telunjuk barat dalam segenap hal. Ada juga trend hari ini, sesiapa yang tidak punya couple akan dianggap tidak 'up-to-date'. Inilah satu musibat yang melanda realiti kita pada hari ini.
Jadi, kesimpulannya, ibu bapa, berilah ruang kemudahan untuk remaja anda mencari dan menyemai cinta pada jalan yang halal dan diredhai. Jangan pula tidak mengaku anak kalau satu hari nanti, remaja anda terlibat dalam kancah zina dan buang bayi!!
Ryu:Nantikan kemunculan kempen 'Jom Nikah' di kawasan anda :)
credit to hendrastar
*Post ini tidak mempunyai sentimen politik sekian.
Telah diceroboh sepenuhnya
Dalam post tempoh hary,ryu telah memperkatakan tentang laman sosial baru yang dibangunkan oleh rakyat kita tetapi selepas seminggu laman ini mula bertapak,ternyata terdapat pihak yang mampu dan telah menjatuhkan website 1malaysia.com.
Masej dibawah ditinggalkan oleh Devilzcode,hacker 'bijak' yang berjaya membolosi seterusnya menjahanamkan website 1malaysia dan akhirnya website 1malaysia menerima 'habuan' dan terus lumpuh.
Semoga pihak admin 1malaysia mempunyai backup data yang ada untuk memulihkan keadaan.Manusia sememangnya mempunyai perangai yang menyedihkan.
Masej dibawah ditinggalkan oleh Devilzcode,hacker 'bijak' yang berjaya membolosi seterusnya menjahanamkan website 1malaysia dan akhirnya website 1malaysia menerima 'habuan' dan terus lumpuh.
Semoga pihak admin 1malaysia mempunyai backup data yang ada untuk memulihkan keadaan.Manusia sememangnya mempunyai perangai yang menyedihkan.
Jam yang super cool
Memang superb gila jam Hublot La Clé Du Temps dari HUBLOT yang direka oleh Mathias Buttet. Jam keluaran khas ni bakal menemui penggila jam seluruh dunia pada mac akan datang. Memang penulis ada niat mahukannya tapi apakan daya,,,
Gila ape nak labur berjuta ringgit hanya nak tengok masa.hoh!
Masa itu Emas dan tak perlu Emas untuk melihat Masa
Gila ape nak labur berjuta ringgit hanya nak tengok masa.hoh!
Masa itu Emas dan tak perlu Emas untuk melihat Masa
InsyAllah versi Melayu
Memang hebat betol Mat Zain ni nyanyi lagunya yang telah popular di corong-corong radio dan telah berjaya menembusi gegendang telinga terus tepat ke hati peminatnya.Kini lagu yang telah meresap penuh ke dalam jiwa makhluk-makhluk di pelosok bumi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.SubhanAllah...
Fasih la jugak mamat ni nyanyi dalam bahasa kita :)
Fasih la jugak mamat ni nyanyi dalam bahasa kita :)
27.1.11
Satu Malaysia dot com

Pada suatu hari ryu berkunjung ke blog sahabat-sahabat lama untuk melepaskan kerinduan yang amat sangat kepada mereka.Nak dipendekkan cerita,ryu terbaca entry
1Malaysia.com , laman sosial REVOLUSI baru
di blog Encik Bedak Sejuk a.k.a EBS.Jangan tanya penulis mengapa,kenapa dan bagaimana nama beliau sebegitu.Adakah kerana beliau pengilang,pengedar ataupun ada kene mengena dengan produk bedak sejuk?Kene la tanya sendiri pada tuan empunya diri.
Kembali ke dunia realiti,post kali ni ryu nak cakap pasal social networking yang baru wujud 2011 ni.
1malaysia.com nama diberi.Natijah yang dapat ryu buat untuk social networking baru ni adalah ianya bagai gambungan antara tweeter,facebook dan myspace.
Malas la nak ulas sebab ada banyak kirja nak buat.Klik je kat post EBS uh..Dia ada ulas sikit :)
Selamat bersosial ye Malaysian..Sokongla produk tempatan.
So Malaysian :)
18.1.11
Raksasa buas

Pabila mata bertentang mata,
Hati berdegup kencang...
Nak tengok kencang tak kencang kenelah tekan sini
Salam kemaafan tanpa duit raya
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara 2011 disamping gambar ryu sebagai tanda kemaafan
untuk menebus kekecewaan pengunjung blog yang tidak seberapa ini.
Keadaan diri yang tidak terurus dan kesibukan bekerja yang melampau-lampau umpama buruh paksa yang hanya dapat berehat 3 jam sehari memaksa penulis tidak dapat mengemaskini blog kerana ketiadaan ruang masa yang dapat diperuntukkan untuk melihat dan menjenguk dimensi siber apatah lagi peluang untuk menekan papan kekunci walaupun untuk melepas rindu pada papan kekunci yang kian berhabuk dimamah usia.
Semoga pengunjung blog ini tidak terus kecewa kerana InsyAllah penulis akan mencuba mencuri sedikit masa dalam kehidupan seharian untuk mengemaskini blog untuk tatapan dan santapan minda pengunjung yang dihormati.
Sekian.
-Ryuzaki_san@Admin
7.12.10
Tahun baru dengan azam baru

Alhamdulillah atas nikmat Allah yang mengizinkan kita hidup hingga ke hari ini,
semoga dengan rahmat pada awal muharram 1432H dapat kita bersama merenung kembali perbuatan kita,amalan kita,sumbangan yang kita lakukan pada tahun lepas iaitu pada 1431H.
Banyak manfaatnya atau tidak????
Semoga sempena tahun baru ini dapat la kita bersama berhijrah ke arah positif dan maju kehadapan :)
Lima bersaudara
assalamualaikum,salam perpaduan,dalam revolusi.Ok,merujuk pada tajuk post diatas rasanya kalau sebut je 'lima bersaudara' mesti kat kepala hotak kita dah ter-set yang lima bersaudara tu merujuk kepada Hang Tuah and the gang kan.
Kalau masih ada manusia berstatus 'rakyat Malaysia' tak tahu pasal 'lima bersaudara' atau dia tanya..
"Hang Tuah??Lima bersaudara??ape tu??Tak pernah dengar pun..."
Jika kejadian di atas berlaku kepada anda,tanpa segan silu u'all boleh ketuk kepala diorang bertubi-tubi selama lebuh kurang 15 saat.
Cukup sudah aku merepek,
Studio animasi tempatan Funcel telah berkolaberasi bersama FINAS dan Studio animasi jepun iaitu Gonzo menghasilkan anime berkonsepkan 'lima bersaudara' ni.
Satria – The Warriors of the 7 Elements merupakan tajuk bagi anime tersebut.Cool kan.tak sabar penulis nak tengok Hang Tuah beraksi dengan kuasa elemen yang dasat uh.Berita yang panjang lagi lebar ada kat sini






Selain itu,konsep lima bersaudara ni digunakan sebagai konsep kerete Proton terbaru.Memang sangat cool tengok kereta-kereta buatan tempatan yang bergaya lagi menawan lagi-lagi Proton Lekir.wahh serius cool. Untuk maklumat lanjut tentang kereta konsep Proton,tekan sini





Kalau masih ada manusia berstatus 'rakyat Malaysia' tak tahu pasal 'lima bersaudara' atau dia tanya..
"Hang Tuah??Lima bersaudara??ape tu??Tak pernah dengar pun..."
Jika kejadian di atas berlaku kepada anda,tanpa segan silu u'all boleh ketuk kepala diorang bertubi-tubi selama lebuh kurang 15 saat.
Cukup sudah aku merepek,
Studio animasi tempatan Funcel telah berkolaberasi bersama FINAS dan Studio animasi jepun iaitu Gonzo menghasilkan anime berkonsepkan 'lima bersaudara' ni.
Satria – The Warriors of the 7 Elements merupakan tajuk bagi anime tersebut.Cool kan.tak sabar penulis nak tengok Hang Tuah beraksi dengan kuasa elemen yang dasat uh.Berita yang panjang lagi lebar ada kat sini






Selain itu,konsep lima bersaudara ni digunakan sebagai konsep kerete Proton terbaru.Memang sangat cool tengok kereta-kereta buatan tempatan yang bergaya lagi menawan lagi-lagi Proton Lekir.wahh serius cool. Untuk maklumat lanjut tentang kereta konsep Proton,tekan sini





Langgan:
Catatan (Atom)




















