Memaparkan catatan dengan label Kebanggaan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebanggaan Malaysia. Papar semua catatan

2.7.11

Iklan Lego yang cool kat KL

Lego memang menjadi antara permainan sepanjang zaman kepada setiap kanak-kanak di dunia.Dulu memang sanggup la kanak-kanak mengguling-gulingkan diri mereka di depan kedai mainan semata untuk menyuruh makbapak beli lego yang tergantung ataupun tersusun rapi di rak-rak kedai mainan terbabit.

Sape yang takde lego kat rumah dulu kira macam looser la.Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesenangan dek kerana kemewahan keluarga pula dengan bajet dan bangganya menayangkan kepada kawan-kawan setaman kononnya dia sorang jela ada lego yang rare camuh kat dalam taman tu.

Tapi yang penting,lego ciptaan Ole Kirk Christiansen memang memberi inspirasi kepada seluruh budak dalam dunia kerana melalui lego ini,kreativiti kanak-kanak dapat diasah dengan baik.

Tidak la seperti budak-budak sekarang ini yang mengasah kepala otak mereka dengan Ipad,pelbagai peranti android seperti handfon Samsung Galaxy dan Xperia play.

Iklan yang gila cool kat bawah ini adalah karya kreativiti rakyat tempatan dalam mengaplikasikan lego dengan persekitaran.Cool habis yo!




8.4.11

jika Pilihan Raya Sarawak ada mereka

Pilihan raya di Sarawak sedang hangat berlaku.Bayangkan jika Kak Limah dan Usop Wilcha bertanding atas tiket parti baru,pasti parti-parti yang bertanding tak buleh cari makan. :) Ryu cakap:jenaka petang,Terbaikk

7.12.10

Lima bersaudara

assalamualaikum,salam perpaduan,dalam revolusi.Ok,merujuk pada tajuk post diatas rasanya kalau sebut je 'lima bersaudara' mesti kat kepala hotak kita dah ter-set yang lima bersaudara tu merujuk kepada Hang Tuah and the gang kan.
Kalau masih ada manusia berstatus 'rakyat Malaysia' tak tahu pasal 'lima bersaudara' atau dia tanya..

"Hang Tuah??Lima bersaudara??ape tu??Tak pernah dengar pun..."


Jika kejadian di atas berlaku kepada anda,tanpa segan silu u'all boleh ketuk kepala diorang bertubi-tubi selama lebuh kurang 15 saat.

Cukup sudah aku merepek,
Studio animasi tempatan Funcel telah berkolaberasi bersama FINAS dan Studio animasi jepun iaitu Gonzo menghasilkan anime berkonsepkan 'lima bersaudara' ni.
Satria – The Warriors of the 7 Elements merupakan tajuk bagi anime tersebut.Cool kan.tak sabar penulis nak tengok Hang Tuah beraksi dengan kuasa elemen yang dasat uh.Berita yang panjang lagi lebar ada kat sini





Selain itu,konsep lima bersaudara ni digunakan sebagai konsep kerete Proton terbaru.Memang sangat cool tengok kereta-kereta buatan tempatan yang bergaya lagi menawan lagi-lagi Proton Lekir.wahh serius cool. Untuk maklumat lanjut tentang kereta konsep Proton,tekan sini








25.7.09

Jom kecek kelate

Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat


30.1.09

Penduduk Malaysia dan ragamnye


Aneh-aneh je orang kite bwat,,,,plik la aku tengok~Tapi x pe..tu yang bwat hidup bewarna-warni......enjoy lagi pic disini

18.12.08

Pinggan pakai buang ubi kayu yg boleh dimakan.

Pinggan ubi kayu yg boleh juga dimakan sebelum dan selepas digunakan, langkah bijak untuk menjadikan alam sekitar bersih..
UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan
kanji memekat kuah masakan.
Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.
'Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu.
Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.
INFO: Pinggan ubi kayu
# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.
# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.
# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.
# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.
# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.
# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.
# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.
# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.
# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.