Memaparkan catatan dengan label vid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vid. Papar semua catatan

13.7.11

Menjerit tanpa getaran anak tekak


Pernah kan rasa nak jerit je kat seseorang akibat daripada tekanan yang dihadapi daripada seseorang tetapi tidak ingin menjerit bak orang gila dan menjaga adab profesional?
Gajet ini jawapan bagi persoalan anda..dan aku amat perlukannya..

12.7.11

Bean bag chair yang super cool

Millennium Falcon Bean Bag Chair dari woouf yang berukuran ( 260 x 200 x 50 cms )
untuk promosi Star Wars-themed Adidas sneakers pada Sónar Festival tahun lepas.
Kerusi kacang ni memang tampak sangat menyelesakan dan bessssar dan belia yang bujang rasanya tidak perlu memikirkan soal katil di rumah mereka kerana 'barang' ini sudah memadai dan cool sangat untuk dimiliki.
Tapi menjadi tanda tanya kenapakah kerusi yang best ni tidak dijual dan sebabnya masih misteri.Mungkin kerana rekaan ini eksklusif untuk event tersebut mungkin.



Ini ialah Official Video Clip of the communication campaign of Adidas untuk new line Adidas Original Star Wars yang menampilkan selebriti hot macam Daft Punk, Snoop Dogg, David Beckham, Franz Beckenbauer, Noel Gallagher, Ian Brown, Ciara, Jay Baruchel, DJ Neil Armstrong :)

5.7.11

Scene recycle?

Michael Bay bukan la nama yang asing dalam dunia perfileman dunia.Lagi-lagi dengan movie TF3(Transformer 3) yang baru direleasekan baru-baru ini.

"Gila arr empat hari wayang da penuh sebab orang dah tempah tiket sejak awal-awal lagi.Kalau nak tengok pon kene tengok pada hari yang kelima la",kata seorang kipas susah mati TF3 kepada penulis.

Begitulah penangan TF3 yang dapat dirasa hingga ke hari ini.
Bila la agaknya masa manusia-manusia tu nak tempah tiket pergi masjid ke,surau ke ea..hurmm

"Movie yang dibikini yang bernilai sebanyak AS$195 juta (RM595 juta) ini memang agak berbaloi untuk ditonton",ulas pengkritik filem tempatan.

Tapi ada jugak timbul isu scene yang dikitar semula oleh si Micky ni.Scene yang dimaksudkan adalah scene daripada filem The Island.

Nak tahu iye ke idok kene la tengok ye kawan-kawan.

Pape pun sekalung tahniah diucapkan kepada Michael Bay kerana telah menghasilkan satu filem yang berkualiti dan mengagumkan hingga melalaikan kebanyakan penduduk bumi :)

4.7.11

Aimi Eguchi


Dia Aimi Eguchi.
Siapa dia?pertanyaan tu bakal terjawab sebentar lagi.Comel kan?untung la siapa dapat dia tapi dalam dunia ni macam takde siapa yang beruntung tu sebab...

2.7.11

Apakah iklan semut ini

Agak-agak ada sesiapa tak boleh terangkan kat ryu apakah maksud tersirat mahupun tersurat iklan atau pun kempen kat dalam video di bawah ini.Headline ada tertera "Keep pests in their home."

Jadi persoalannya,
selamanya ke semut tu dalam kotak tu?
macam mana mereka hendak makan?
Adakah mereka semua akan mati begitu sahaja?

Aku ni pecinta semut tau.Mestilah nak kene ambil tahu tentang nasib semut-semit sedunia...

Lazy Song-Megan Nicole

Comel je tenguk vid lagu Lazy Song versi Megan Nicole tapi Bruno punya lagi cool!lol!


Raket lightsabers yang cool

Ryu bukanlah fanboy Star Wars yang fanatik gila waimah aku tak pernah tengok pun cerita mana-mana cerita star wars sampai habis kerana sisa-sisa zaman kanak-kanak aku dihadapkan dengan cerita-cerita fantasi seperti Ninja Turtle,Marvel heroes,anime sepeti Dragoon Ball,Digimon dan banyak lagi.

Tapi masih lagi tidak jahil tentang star wars ini walaupun tidak dapat lagi menandingi kehebatan kawan-kawan sedosa yang lain kerana kadangkala tahap keobsesian mereka terlalu tinggi hingga sanggup mengumpul gajet-gajet filem francais yahudi ini yang bernilai hingga ratusan ringgit seperti set catur Star Wars dibawah ini


Penggila Star Wars pasti mendambakan raket lightsaber ini.Pasti!


Ryu cakap:grafik yang agak menarik

Tanpa 4 saksi

Semasa sedang asyik 'bersiar-siar' di sekitar blog yang tidak berbayar,
terhenti ryu seketika di satu blog kerana terdetik hati untuk melihat video ceramah yang dipaparkan.

Semasa menonton ceramah terbabit,terkenang penulis pada waktu zaman persekolahan dulu dimana topik yang sedang diajarkan ada kaitan dengan ceramah yang penulis tonton tadi.

"Ada soalan lagi??",tanya ustad yang mengajar.
"Ustad,kalau takde 4 orang uh kira pass la ea??",soal salah seorang pelajar
"Pass kepala dongga..Saya nak tanya,kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha tu ada berapa orang saksi??,soal ustad kembali.

Senyap semua pelajar ketika itu.

Agak menarik ceramah yang disampaikan,dan terlintas di benak fikiran penulis untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian.
Video ini ryu paparkan tiada kaitan dengan sesiapa serta apa-apa sahaja yang pembaca fikir ada kaitan dan hanya untuk berkongsi ilmu yang penulis dapat dalam menonton video ini.

13.3.11

Bila action melampau-lampau

Atok ku pernah berkata "barulah hindustan..."
Kini baru ku fahami pengertiannya itu..

Ryu cakap:terlalu hebat untuk diperkatakan di khalayak umum.

Aku terpegun dengan 3D projection ni

paling cool setakat ni.

The 600 Years from the macula on Vimeo.

31.1.11

Stop animation yang cool

Memang tervaik!

InsyAllah versi Melayu

Memang hebat betol Mat Zain ni nyanyi lagunya yang telah popular di corong-corong radio dan telah berjaya menembusi gegendang telinga terus tepat ke hati peminatnya.Kini lagu yang telah meresap penuh ke dalam jiwa makhluk-makhluk di pelosok bumi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.SubhanAllah...
Fasih la jugak mamat ni nyanyi dalam bahasa kita :)

29.11.10

Memang yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat pagi,petang dan malam kepada para pebaca setia(sayang u'all),baru nak setia(baru nak sayang u'll) atau yang singgah just nak letak link tapi tak tengok pon ada apa kat dalam ni(sayang sikit sebeb tolong naikkan traffic) :)

Selepas 78 minit merayap kat youtube tadi ada la terserempak dengan beberapa video yang menarik.Seronok juga dapat tengok aksi-aksi liar dalam video tersebut.
Sampai ada yang terlompat-lompat,terhenjut-henjut dan berbagai aksi yang diluar kemampuan akal manusia untuk melakukannya tapi hal terbabit mendatangkan kepuasan kepada
pelaku dan para penonton turut teruja dan penulis yakin yang penontom turut berasa puas dengan aksi-aksi dalam video dibawah

Aksi-aksi dewasa dan kanak-kanak yang extream

*kepada peminat jacko,aksi mengujakan pada durasi 4.09

Penulis ada gak tengok iklan-iklan yang menarik minat jiwa dan raga kat u-tube tadi dan nak berkongsi kasih dengan meletakkan video iklan dari siam ni.




Ryu cakap:Kalau camni la gayanya,kayap la Dr Romzey