Memaparkan catatan dengan label hahahahha..mmg sengal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hahahahha..mmg sengal. Papar semua catatan

5.7.11

Duta baru fair and lovely mungkin?

Tidak hairan lah dengan khabar angin baru-baru ini yang ryu dengar bahawa jualan syarikat terkemuka ini meningkat dengan mendadak

6.7.10

Muvie baru

Jom tengok wayang..kisah sekumpulan anak muda yang sangat hebat di kampung mereka sendiri hingga terkenal di seluruh dunia dan menjadi idola. Malangnya bermain ala-ala Malaysia semasa bertemu dengan Jerman h0hoho..
Ryu cakap:duh...

7.4.10

Tengok Youtube tanpa internet


Rupa-rupanya ada gak cara nak tgok youtube tanpa talian internet.Senang la kita nak tgok nanti.Nak tau camne??tekan sini

26.10.09

Surat cinta dari seorang Rocker

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati




Ryu cakap:cayala mat!

28.9.09

Bukan kisah Kaisara tapi burung.

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500,sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza,
yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

27.4.09

Names..

Operator : Yes, you can speak to me.

Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator : You are talking to someone! Who is this?

Caller : I’m Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It’s urgent.

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?

Caller : Well… just tell my sister Annie Wan (anyone) that our
brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no
one)got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the
hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the
hospital, then the accident isn’t an urgent matter! You may find this
hilarious but I don’t have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I’m Saw Lee (Sorry).

Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!




credit to HER

13.4.09

Kucing mati.

Seekor kucing telah ditemui mati.Ia bukan tido tetapi mati
kerana sebab yang agak kurang munasabah.Klik sini untuk mengetahui punca kematiannya.

25.3.09

Tips supaya x bosan dalam lip

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

Ryu cakap:dah cube yg 1,3 ngan 11.anda bile lagi?

20.1.09

Kisah doktor muda

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."

19.1.09

Kisah matahari

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti... "

14.1.09

Pak Ali tak tamak

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"..

6.1.09

Kentang Ganu,Ketam Klate

Menantu terengganu : mok... Kalu mok gi kedaa... Tolong beli 'ketang' 4 kilo... ... ..nanti kito bayar

mentua kelantan : bereeehhh... ..

Selepas mentua pulang dari kedai... ... ... ... ... ... ... .

Menantu terengganu : loooo... . Bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang)...
Banyok-banyok ni... .

Mentua kelantan : tadi mu kato beli kete(ubi kentang)... .. Pah tu kete mano pulakkkk...

Menantu terengganu : bukang ubi 'ketang'... . Kito suruh beli 'ketang'... ..
Hok ada sepit... ... (ketam)...