Memaparkan catatan dengan label hahahah~jibanG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hahahah~jibanG. Papar semua catatan

12.7.11

Bagaimana anda?

Kalau dah menghadap komputer tu memang kadangkala agak memakan masa kerana pelbagai laman sesawang handak dikunjungnya seperti blog,facebook,myspace,tweeter dan pelbagai lagi.Adakalanya sampai berjam-jam lamanya.Bagaimana la muka kita agaknya kalau direkodkan ye??


Lagi disini

4.7.11

To do list paling sempoi

Tadi ryu baru je menerima satu gambar melalui email oleh seorang kenalan dengan harapan dapat membantu melalui hari-hari dengan penuh semangat.Terima kasih Redranger :)
memang membantu sangat.

14.2.10

faham la sikit..

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, “Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. “Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!”

Cerita 2
“Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?” “Entah… … saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!”

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu…
“Eh,baru balik..?” tanya si ibu sinis.
“Ya, mak..” jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
“Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!”Tengking si ibu.
“Nak sarapan!” balas si anak pendek.

12.9.09

Kisah mertua dan menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

........ ......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua


3.7.09

Obses AMG(anime,manga,game)+kartun

Cosplayer yang cam haram..
Ryu cakap:haha,kan best kalau dapat pinjam kepala MS(mobile suit) uh buat helmet..mesti caraa

2.5.09

cara2 Cover keMaluan anda

Cara-cara nak cover malooooo...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?

....selamat mencuba!!!

21.4.09

Jauh dan dekat

Kalau dilihat dari dekat, gambar ni kelihatan seperti Albert Einstein.

Tapi cuba korang try jauhkan diri daripada monitor@diri 3 meter dari monitor,atau julingkan mata korang..
Gambarnya akan kelihatan seperti Marilyn Monroe.
kenapa!Tak percaya??
Cubalah..

13.4.09

Kucing mati.

Seekor kucing telah ditemui mati.Ia bukan tido tetapi mati
kerana sebab yang agak kurang munasabah.Klik sini untuk mengetahui punca kematiannya.

12.1.09

Kisah seluar dalam

Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

Ah Chong: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil.

Ah Chong: Seri, betul kamu yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…

Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…

Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak… sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam… masakan saya teringin seluar dalam tu…