Memaparkan catatan dengan label gadjet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gadjet. Papar semua catatan

13.7.11

Menjerit tanpa getaran anak tekak


Pernah kan rasa nak jerit je kat seseorang akibat daripada tekanan yang dihadapi daripada seseorang tetapi tidak ingin menjerit bak orang gila dan menjaga adab profesional?
Gajet ini jawapan bagi persoalan anda..dan aku amat perlukannya..

12.7.11

Bean bag chair yang super cool

Millennium Falcon Bean Bag Chair dari woouf yang berukuran ( 260 x 200 x 50 cms )
untuk promosi Star Wars-themed Adidas sneakers pada Sónar Festival tahun lepas.
Kerusi kacang ni memang tampak sangat menyelesakan dan bessssar dan belia yang bujang rasanya tidak perlu memikirkan soal katil di rumah mereka kerana 'barang' ini sudah memadai dan cool sangat untuk dimiliki.
Tapi menjadi tanda tanya kenapakah kerusi yang best ni tidak dijual dan sebabnya masih misteri.Mungkin kerana rekaan ini eksklusif untuk event tersebut mungkin.



Ini ialah Official Video Clip of the communication campaign of Adidas untuk new line Adidas Original Star Wars yang menampilkan selebriti hot macam Daft Punk, Snoop Dogg, David Beckham, Franz Beckenbauer, Noel Gallagher, Ian Brown, Ciara, Jay Baruchel, DJ Neil Armstrong :)

4.7.11

Lampu poket

Perlukan cahaya?
Mahukan gaya hidup berjimat?
cahaya yang boleh dibawa kemana sahaja?

Kini anda tidak perlu runsing dan gundah gulana kerana Doulex Name Card Light boleh membantu anda.Dengan saiznya yang kecil seperti kad kredit,anda boleh membawanya kemana sahaja destinasi seperti tandas kampung yang gelap kerana TNB tidak menyalurkan tenaga elektrik,semasa perkhemahan di mana-mana hutan simpan ataupun ketika lampu tiada akibat kealpaan pihak terbabit melakukan penyelenggaraan elektrik.




19.4.11

Perhatian kepada Domo-maniac

kecumilan Domo-kun memang tidak dapat disangkal lagi.Kalau boleh,penggila karakter Domo ni nak pakai dari kepala sampai ke hujung kaki barang yang ada bersangkut-paut sengan Domo.Orang cakap ala-ala nampak iras Domo pon jadi,,,Saboorr jela
Gadjet berkaitan Domo disini

31.1.11

Anemona Dari Igor Pinigin

Igor Pinigin dari Ukraine telah berjaya memerah otak demi menghasilkan lampu konsep yag unik dan mampu berubah posisi dari kedudukan statik.hoh!sangat cool.Lagi cool kalau ada kat bilik aku!





Jam yang super cool

Memang superb gila jam Hublot La Clé Du Temps dari HUBLOT yang direka oleh Mathias Buttet. Jam keluaran khas ni bakal menemui penggila jam seluruh dunia pada mac akan datang. Memang penulis ada niat mahukannya tapi apakan daya,,,
Gila ape nak labur berjuta ringgit hanya nak tengok masa.hoh!
Masa itu Emas dan tak perlu Emas untuk melihat Masa
Tapi serius aku mahukannya kalau ada sesiapa nak jual dengan harga rm50..wink2




7.12.10

Mancis itu hebat tau!

Kepada mereka yang suka ber-camping tetapi tidak tahu menghidupkan unggun api,produk ini boleh membantu anda.Mancis benilai $5.50 dari rei ni sangat la cool nak mati.
Mengapa berbatang-batang mancis boleh dikategorikan sebagai cool?
Sebab,mancis ni tak boleh dipadamkan.Tiup la beribu-ribu orang ke,campak dalam kolam ke atau tekan-tekan guna tangan..memang pasti tak padam.hehe.




11.6.09

Oh jam.

Dulu kat rumah mak selalu pesan,'JANGAN BUANG MASA,tolong mak gi kedai ni.'
Dulu kat sekolah cikgu selalu pesan,'JANGAN BUANG MASA,daripada awak bebual baik gi ulangkaji sana.'
Ustad kat surau pun pesan,JANGAN BUANG MASA,daripada kamu merempit yang tak berfaedah tu lebih baik imarahkan masjid ni'


Ryu cakap:jangan la buang masa korang.BUANG MASA aku je pakai jadah ni.Lagi jam yang buang masa....sini.

Mak+Basikal+baby=mustahil????

Tiada yang mustahil skarang ni.huhu...





Ryu cakap:zaman dah berubah...

28.3.09

Perangkap untuk nyamuk

1. Potong satu botol plastik dalam setengah, menyimpan bahagian yang kedua.
2. Mengambil bahagian bawah botol. Campurkan gula perang (brown sugar) dalam air panas. Kemudian biarkan ia sejuk dalam 22 darjah celcius
3. Tambahkan yis. Karbon dioksida akan membentuk (Ini akan menarik nyamuk-nyamuk)
4. Tutup botol dengan sehelai kain gelap dan meletakkan bahagian atas biarkan ada corong. Tempat ia dalam satu sudut dalam rumah anda. Spt gambar di bawah
5. Dalam masa 2 minggu anda akan terperanjat melihat bilangan nyamuk yang terperangkap




Ryu cakap:tutup la kilang Fumakila,Ridsect etc....