13.7.11

Future according to films

Seperti yang diketahui umum,cerita sains fiksyen seperti robocop,alien,predators,avatar,terminator dan pelbagai lagi berlaku pada zaman yang penuh kemajuan iaitu bepuluh,ratus,ribu tahun daripada sekarang.Kononnya macam akan zaman akan datang tu telah dikhayalkan dulu dalam bentuk filem la kiranya.Tidak ketinggalan juga anime dan kartun yang berlandaskan futuristik seperti ghost in the shell,cowboy bebop,akira dan futurama.

Dibawah ni pula ada 'masa depan berdasarkan filem'

(klik untuk paparan yang lebih mantap)

LEGO Star Wars TV Special Coming On July 22nd

Kepada peminat star wars,nantikan kemunculannya
via FBTB

Ciuman seni

Ciuman memberi satu ketenangan.So,kalau nak tenangkan sesapa cium la dia.haaa
Lain pula Natalie Irish ni.Dia memang suka cium-cium ni sampai ciumannya yang kreatif itu terhasil satu seni yang indah.korang ada??
Karya Natalie yang incrediable dan kissable ni memeng memerlukan semangat yang tabah.mana taknya kalau dah asyik bercium atau beromen (bak kata aku tika belum berkhatan dulu) je,tidak ke jenuh bibir yang monggel uh.



LOGo kreatif

Tajuk entry kali ini sahaja sudah menunjukkan betapa kreatifnya penulis.
Tapi ada manusia yang lagi kreatif daripada ryu rupanya.Nah ambik,inilah reka bentuk logo terbaik dalam jun tahun ini.





Lagi disini

Menjerit tanpa getaran anak tekak


Pernah kan rasa nak jerit je kat seseorang akibat daripada tekanan yang dihadapi daripada seseorang tetapi tidak ingin menjerit bak orang gila dan menjaga adab profesional?
Gajet ini jawapan bagi persoalan anda..dan aku amat perlukannya..

12.7.11

Bagaimana anda?

Kalau dah menghadap komputer tu memang kadangkala agak memakan masa kerana pelbagai laman sesawang handak dikunjungnya seperti blog,facebook,myspace,tweeter dan pelbagai lagi.Adakalanya sampai berjam-jam lamanya.Bagaimana la muka kita agaknya kalau direkodkan ye??


Lagi disini

Bilamana anak kecil mengantuk

Cheese untuk anda~

(klik untuk imej yang lebih mantap)

Bean bag chair yang super cool

Millennium Falcon Bean Bag Chair dari woouf yang berukuran ( 260 x 200 x 50 cms )
untuk promosi Star Wars-themed Adidas sneakers pada Sónar Festival tahun lepas.
Kerusi kacang ni memang tampak sangat menyelesakan dan bessssar dan belia yang bujang rasanya tidak perlu memikirkan soal katil di rumah mereka kerana 'barang' ini sudah memadai dan cool sangat untuk dimiliki.
Tapi menjadi tanda tanya kenapakah kerusi yang best ni tidak dijual dan sebabnya masih misteri.Mungkin kerana rekaan ini eksklusif untuk event tersebut mungkin.



Ini ialah Official Video Clip of the communication campaign of Adidas untuk new line Adidas Original Star Wars yang menampilkan selebriti hot macam Daft Punk, Snoop Dogg, David Beckham, Franz Beckenbauer, Noel Gallagher, Ian Brown, Ciara, Jay Baruchel, DJ Neil Armstrong :)

5.7.11

Lumba sotong

Lumba lari,berkejar-kejaran,lumba siapa sampai tempat ngaji memang tak dapat lari dari hidup masyarat Malaysia.Tu dulu la,sekarang tak tahu pulak budak-budak nak berlumba ke pergi ngaji.

Best je bile pergi ngaji.Sebab apa?
Dulu kalau pergi ngaji mesti mak bagi duit 20 sen,nilai yang besar ketika aku masih belum akhil baligh kerana dengan sen itu aku mampu membeli satu plastik krepek pedas@satu ulas jambu batu yang ditaburi asam@2 batang aiskrim Malaysia@jajan yang bernilai 20 sen.

Bukan la maksud aku gi ngaji uh sebab nak dapat 20 sen uh tapi duit uh just untuk beli makanan la sementara menunggu giliran mengaji.

Cukup dengan zaman silam.Jepun sebuah negara yang baru dilanda musibah gegaran bumi dan Tsunami awal tahun ini memang dikenali dengan sebuah negara yang unik dan rakyat yang kreatif dan kadangkala kekreatifan mereka melampaui batas manusia normal.
Oh jepun...

Duta baru fair and lovely mungkin?

Tidak hairan lah dengan khabar angin baru-baru ini yang ryu dengar bahawa jualan syarikat terkemuka ini meningkat dengan mendadak

Scene recycle?

Michael Bay bukan la nama yang asing dalam dunia perfileman dunia.Lagi-lagi dengan movie TF3(Transformer 3) yang baru direleasekan baru-baru ini.

"Gila arr empat hari wayang da penuh sebab orang dah tempah tiket sejak awal-awal lagi.Kalau nak tengok pon kene tengok pada hari yang kelima la",kata seorang kipas susah mati TF3 kepada penulis.

Begitulah penangan TF3 yang dapat dirasa hingga ke hari ini.
Bila la agaknya masa manusia-manusia tu nak tempah tiket pergi masjid ke,surau ke ea..hurmm

"Movie yang dibikini yang bernilai sebanyak AS$195 juta (RM595 juta) ini memang agak berbaloi untuk ditonton",ulas pengkritik filem tempatan.

Tapi ada jugak timbul isu scene yang dikitar semula oleh si Micky ni.Scene yang dimaksudkan adalah scene daripada filem The Island.

Nak tahu iye ke idok kene la tengok ye kawan-kawan.

Pape pun sekalung tahniah diucapkan kepada Michael Bay kerana telah menghasilkan satu filem yang berkualiti dan mengagumkan hingga melalaikan kebanyakan penduduk bumi :)

4.7.11

Aimi Eguchi


Dia Aimi Eguchi.
Siapa dia?pertanyaan tu bakal terjawab sebentar lagi.Comel kan?untung la siapa dapat dia tapi dalam dunia ni macam takde siapa yang beruntung tu sebab...

Lampu poket

Perlukan cahaya?
Mahukan gaya hidup berjimat?
cahaya yang boleh dibawa kemana sahaja?

Kini anda tidak perlu runsing dan gundah gulana kerana Doulex Name Card Light boleh membantu anda.Dengan saiznya yang kecil seperti kad kredit,anda boleh membawanya kemana sahaja destinasi seperti tandas kampung yang gelap kerana TNB tidak menyalurkan tenaga elektrik,semasa perkhemahan di mana-mana hutan simpan ataupun ketika lampu tiada akibat kealpaan pihak terbabit melakukan penyelenggaraan elektrik.




To do list paling sempoi

Tadi ryu baru je menerima satu gambar melalui email oleh seorang kenalan dengan harapan dapat membantu melalui hari-hari dengan penuh semangat.Terima kasih Redranger :)
memang membantu sangat.

Design yang agak cool

Mana ada jumpa?cepat bagitau ryu ea.huu

11 vs 100

Pemain J league,Cerezo telah menentang 100 kanak-kanak dalam satu pertunjukan.Gila jugak la player-plajer pro ni nak lawan dengan 100 budak kecik.Nak lari susah,nak tendang kuat takut budak-budak uh nanti tercedera pulak.

Tapi dengan kegigihan player Cerezo ni dan semangat tak nak mengalah akhirnya diorang menang la jugak dengan kemenangan tipis 3-2.

2.7.11

The baby seal

Kalau boleh aku nak satu buat jalan-jalan kat tepi rumah bagi orang jeles.kawai!

Apakah iklan semut ini

Agak-agak ada sesiapa tak boleh terangkan kat ryu apakah maksud tersirat mahupun tersurat iklan atau pun kempen kat dalam video di bawah ini.Headline ada tertera "Keep pests in their home."

Jadi persoalannya,
selamanya ke semut tu dalam kotak tu?
macam mana mereka hendak makan?
Adakah mereka semua akan mati begitu sahaja?

Aku ni pecinta semut tau.Mestilah nak kene ambil tahu tentang nasib semut-semit sedunia...

Iklan Lego yang cool kat KL

Lego memang menjadi antara permainan sepanjang zaman kepada setiap kanak-kanak di dunia.Dulu memang sanggup la kanak-kanak mengguling-gulingkan diri mereka di depan kedai mainan semata untuk menyuruh makbapak beli lego yang tergantung ataupun tersusun rapi di rak-rak kedai mainan terbabit.

Sape yang takde lego kat rumah dulu kira macam looser la.Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesenangan dek kerana kemewahan keluarga pula dengan bajet dan bangganya menayangkan kepada kawan-kawan setaman kononnya dia sorang jela ada lego yang rare camuh kat dalam taman tu.

Tapi yang penting,lego ciptaan Ole Kirk Christiansen memang memberi inspirasi kepada seluruh budak dalam dunia kerana melalui lego ini,kreativiti kanak-kanak dapat diasah dengan baik.

Tidak la seperti budak-budak sekarang ini yang mengasah kepala otak mereka dengan Ipad,pelbagai peranti android seperti handfon Samsung Galaxy dan Xperia play.

Iklan yang gila cool kat bawah ini adalah karya kreativiti rakyat tempatan dalam mengaplikasikan lego dengan persekitaran.Cool habis yo!




Lazy Song-Megan Nicole

Comel je tenguk vid lagu Lazy Song versi Megan Nicole tapi Bruno punya lagi cool!lol!


Balang kuih tahun ini

Seperti yang satu Malaysia malaysia dan negara-negara yang berkenaan maklum bahawa bulan hadapan akan bermula la bulan yang penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak dimana pada bulan yang sepatutnya nafsu terkawal rapi tetapi acap kali kedengaran pembaziran akibat nafsu yang tidak terkawal menjadi-jadi untuk meraikan perayaan yang kononnya sangat dinantikan walhal tanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan agama pun tidak dilakukan sepenuh hati.Cukup rasanya tazkirah setakat ini.

Jadi untuk perayaan Aidilfitri tahun ini,apakata cuba bekas pengisi kuih yang agak unik daripada biasa.Biasa camana?biasa la,yang balang kaca ada lilit alas getah kat tutup uh.Sekali budak-budak datang beraya nak bukak,habis terabur dek kerana kepayahan membuka penutup balang terbabit.

Macam la awak-awak semua tak pernah rasa kan??? :)

Nanti Mak Tipah datang beraya mesti dia cakap;
"Kelassss balang kau Mariaaaa"


Ciuman penyelamat

Kerana tekanan akibat masalah yang bertimpa-timpa bagai jatuh ditimpa tangga lalu tertimpa taik,seorang remaja 16 tahun cuba membunuh diri dari sebuah jejambat Guangdong.
Remaja terbabit terlalu tertekan akibat penceraian ibu bapanya di samping dirinya yang berhenti sekolah ditambah dengan kakaknya yang sakit.

Bagaikan scene drama korea pabila seorang remaja perempuan berusia 19 tahun merangkap heroin berbincang dan memberikan ciuman semangat yang menyelamatkan nyawa remaja remaja terbabit.

Remaja lelaki yang sedang kebluran+keterujaan kerana dicium awek uh terus diselamatkan pihak bomba dengan sepantas kilat.Awek terbabit sebenarnya bekerja di hotel berdekatan menjadi 'wonder girl' di China kerana telah menyelamatkan orang yang tidak dikenali.

Semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap masyarakat.Sentiasa bantu membantu dan berkerjasama agar dapat hidup dalam keharmonian dan bukannya semangat nak buat 'onar' atas jalan ramai-ramai.



Agak-agaklah kan kalau ryu yang try kunun2 cam budak uh kan,siapa yang akan volunteer nak bagi kiss ea?

Adakah..
a)Megan Nicole
b)Olivia Wilde
atau
c)Anna Kendrick

Raket lightsabers yang cool

Ryu bukanlah fanboy Star Wars yang fanatik gila waimah aku tak pernah tengok pun cerita mana-mana cerita star wars sampai habis kerana sisa-sisa zaman kanak-kanak aku dihadapkan dengan cerita-cerita fantasi seperti Ninja Turtle,Marvel heroes,anime sepeti Dragoon Ball,Digimon dan banyak lagi.

Tapi masih lagi tidak jahil tentang star wars ini walaupun tidak dapat lagi menandingi kehebatan kawan-kawan sedosa yang lain kerana kadangkala tahap keobsesian mereka terlalu tinggi hingga sanggup mengumpul gajet-gajet filem francais yahudi ini yang bernilai hingga ratusan ringgit seperti set catur Star Wars dibawah ini


Penggila Star Wars pasti mendambakan raket lightsaber ini.Pasti!


Ryu cakap:grafik yang agak menarik

Tanpa 4 saksi

Semasa sedang asyik 'bersiar-siar' di sekitar blog yang tidak berbayar,
terhenti ryu seketika di satu blog kerana terdetik hati untuk melihat video ceramah yang dipaparkan.

Semasa menonton ceramah terbabit,terkenang penulis pada waktu zaman persekolahan dulu dimana topik yang sedang diajarkan ada kaitan dengan ceramah yang penulis tonton tadi.

"Ada soalan lagi??",tanya ustad yang mengajar.
"Ustad,kalau takde 4 orang uh kira pass la ea??",soal salah seorang pelajar
"Pass kepala dongga..Saya nak tanya,kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha tu ada berapa orang saksi??,soal ustad kembali.

Senyap semua pelajar ketika itu.

Agak menarik ceramah yang disampaikan,dan terlintas di benak fikiran penulis untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian.
Video ini ryu paparkan tiada kaitan dengan sesiapa serta apa-apa sahaja yang pembaca fikir ada kaitan dan hanya untuk berkongsi ilmu yang penulis dapat dalam menonton video ini.

K.E.MB.A.L.I


Assalamualaikum pembuka bicara kepada para pembaca bilabilamasa.

Sudah terlalu lama blog ini 'ditinggalkan'.Akibat daripada kesibukan untuk dalam talian menjadi antara sebab utama kenapa blog ini tidak dikemaskini dalam 2 bulan kebelakangan ini.

Mungkin mendatangkan persoalan kepada segelintir pembaca mengapa ryu menyisipkan sekeping gambar diatas sebagai tatapan.
Jika ada,jawapanya penulis menganggap gambar diatas cool untuk dikongsi.Se-cool tuannya mungkin.

Selamat kembali diucapkan kepada penulis :)