2.7.11

Iklan Lego yang cool kat KL

Lego memang menjadi antara permainan sepanjang zaman kepada setiap kanak-kanak di dunia.Dulu memang sanggup la kanak-kanak mengguling-gulingkan diri mereka di depan kedai mainan semata untuk menyuruh makbapak beli lego yang tergantung ataupun tersusun rapi di rak-rak kedai mainan terbabit.

Sape yang takde lego kat rumah dulu kira macam looser la.Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesenangan dek kerana kemewahan keluarga pula dengan bajet dan bangganya menayangkan kepada kawan-kawan setaman kononnya dia sorang jela ada lego yang rare camuh kat dalam taman tu.

Tapi yang penting,lego ciptaan Ole Kirk Christiansen memang memberi inspirasi kepada seluruh budak dalam dunia kerana melalui lego ini,kreativiti kanak-kanak dapat diasah dengan baik.

Tidak la seperti budak-budak sekarang ini yang mengasah kepala otak mereka dengan Ipad,pelbagai peranti android seperti handfon Samsung Galaxy dan Xperia play.

Iklan yang gila cool kat bawah ini adalah karya kreativiti rakyat tempatan dalam mengaplikasikan lego dengan persekitaran.Cool habis yo!




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy xda. so sy looser kah? huhu~