Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan

2.7.11

Ciuman penyelamat

Kerana tekanan akibat masalah yang bertimpa-timpa bagai jatuh ditimpa tangga lalu tertimpa taik,seorang remaja 16 tahun cuba membunuh diri dari sebuah jejambat Guangdong.
Remaja terbabit terlalu tertekan akibat penceraian ibu bapanya di samping dirinya yang berhenti sekolah ditambah dengan kakaknya yang sakit.

Bagaikan scene drama korea pabila seorang remaja perempuan berusia 19 tahun merangkap heroin berbincang dan memberikan ciuman semangat yang menyelamatkan nyawa remaja remaja terbabit.

Remaja lelaki yang sedang kebluran+keterujaan kerana dicium awek uh terus diselamatkan pihak bomba dengan sepantas kilat.Awek terbabit sebenarnya bekerja di hotel berdekatan menjadi 'wonder girl' di China kerana telah menyelamatkan orang yang tidak dikenali.

Semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap masyarakat.Sentiasa bantu membantu dan berkerjasama agar dapat hidup dalam keharmonian dan bukannya semangat nak buat 'onar' atas jalan ramai-ramai.



Agak-agaklah kan kalau ryu yang try kunun2 cam budak uh kan,siapa yang akan volunteer nak bagi kiss ea?

Adakah..
a)Megan Nicole
b)Olivia Wilde
atau
c)Anna Kendrick

8.5.10

Kisah kasih ibu

Walaupun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu kerana kita wajib menyayangi insan yang telah melahirkan, menyusu dan membesarkan kita dengan susah payah. Namun dengan adanya hari yang dideclaire hari ibu adalah sebagai pengiktirafan kepada insan mulia yang bergelar ibu,mak,mama,mummy,ma dan apa pun panggilan sekalipun.

Selamat hari Ibu kepada semua kaum ibu yang mengunjungi isuhangat ni. Anda adalah insan istimewa sebab itu “syurga ada di telapak kaki ibu’. Kita lihat kisah benar yang mengharukan mengenai pengorbanan seorang ibu yang mengorbankan nyawanya demi anak yang tercinta.

Bayi ini telah tertanam selama 24 jam dalam satu runtuhan . Secara ajaib dia diselamatkan tanpa sebarang goresan.

Dia berusia sekitar 3-4 bulan dan ibunya berlutut dan menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari tuntuhan bagunan sambil MENYUSUI bayinya!

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis,
“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”
Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.

Ryu cakap:Selamat Hari Ibu

2.11.09

bila suami isteri mengeluh

Bacaan Dewasa.anak-anak kecil tidak memahaminya

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..



Ryu cakap:sila jangan ketawa kuat-kuat,senyum je la.^^

28.9.09

Senangnya dalam haty,kalau beristeri dua....

Dunia...bagai ana yang punya....
Ryu cakap:Ini di Jordan.Kat Mesia x pernah nampak lagi.....

4.8.09

hadiah buat ibu

Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong....

teruskan membaca disini..

entri ini agak panjang.sila pastikan anda punyai banyak masa

3.4.09

Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa,
berakhlak mulia dan rajin beribadah,
dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan
isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
"Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku
sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

baca artikel penuh di dimensirevolusi

8.3.09

IsTEri idaman

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...