5.7.11

Scene recycle?

Michael Bay bukan la nama yang asing dalam dunia perfileman dunia.Lagi-lagi dengan movie TF3(Transformer 3) yang baru direleasekan baru-baru ini.

"Gila arr empat hari wayang da penuh sebab orang dah tempah tiket sejak awal-awal lagi.Kalau nak tengok pon kene tengok pada hari yang kelima la",kata seorang kipas susah mati TF3 kepada penulis.

Begitulah penangan TF3 yang dapat dirasa hingga ke hari ini.
Bila la agaknya masa manusia-manusia tu nak tempah tiket pergi masjid ke,surau ke ea..hurmm

"Movie yang dibikini yang bernilai sebanyak AS$195 juta (RM595 juta) ini memang agak berbaloi untuk ditonton",ulas pengkritik filem tempatan.

Tapi ada jugak timbul isu scene yang dikitar semula oleh si Micky ni.Scene yang dimaksudkan adalah scene daripada filem The Island.

Nak tahu iye ke idok kene la tengok ye kawan-kawan.

Pape pun sekalung tahniah diucapkan kepada Michael Bay kerana telah menghasilkan satu filem yang berkualiti dan mengagumkan hingga melalaikan kebanyakan penduduk bumi :)

Tiada ulasan: