Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

13.12.12

Aksi Hidup Mutiara Naga

Korang ingat live action Dragon Ball Evolution?Tak perlu la engat.buat penat je.Gua sebagai peminat setia yang terpacak setiap 9.30 pagi hari minggu di tv2 zaman muda dulu amat kecewa dengan filem tersebut.
Dengar cerita,siap nak buat sekuel lagi lahai!

Jadi ramai la peminat tegar satu dunia hentam deorang nak buat sekuel.Tapi biarlah,duit engko.Daripada gua dan engkau orang menonton sekuel filem itu lebih la baiknya jenguk filem daripada peminat Dragoon Ball ni.Walaupun lakonan tidak mantap dan mampan tapi sekurangnya ianya lebih baik daripada Dragoon Ball Evolution pada gua lah kan.

3.12.12

Model 3D Aston Martin dalam Skyll

Sejujurnya gua mamang belum berkesempatan menonton filem James Bond terbaru iaitu Skyfall tapi bukan ertinya gua tidak mengetahui tentangnya.

Seperti yang sedia maklum,James Bond sememangnya mempunyai hubungan yang malang dengan semua kereta di setiap filemnya.Kiranya memang malang la kereta yang mamat ni guna sebab memang pasti tiada yang kembali sempurna.

Buat pertama kalinya,penggunaan pencetakan tiga dimensi diguna dalam Skyfall.Jadi ikut suka la nak letupkan kereta Aston Martin tu berapa ribu kali tanpa menjejaskan kereta sebenar.

Pada skrin,model 3D ini memang tidak dapat dibezakan dengan kereta sebenar.walaupun ianya model kecil.Tidak percaya?percaya saja lah kawan.






11.6.09

Semalam lepak bersama kawan-laptop-CROWS ZERO.



Ryu cakap:ia satu filem yang memuaskan.kelakar+aksi.9 bintang

31.1.09

Senarai filem yang diharamkan oleh FINAS

Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga merekatanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerjaberamai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-
Sebuah Cinta JagungHang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminangPuteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekalitersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.

lagi filem di dimensirevolusi

2.12.08

MOVIE:HISTERIA


sinopsis:
Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok.
Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. Apakah yang sebenarnya berlaku? Benarkah Murni yang membunuh?

Ryu cakap:cam besh je citer ni~
aku nak try tgok arr coz kurang citer seram kat mesia ni yang tol2 seram

28.9.08

Movie baru












Ryu cakap:ajak arr kengkawan tgok movie kat atas ni reramai...