31.1.11

Do-Rae-Mon

~An-an-an Totte Modaisukki Dor-rae-Monn~
Siapa bole lupa lirik lagu kegemaran hampir semua manusia di bumi terutamanya kat Malaysia.
Setiap hari sabtu malam pukul 7 dah tercegat depan tv sampai bergaduh dengan mak yang bertegas ingin menonton rancangan masakan kegemarannya.Kanak-kanak dan remaja sezaman dengan ryu pasti ingat dengan animasi Doraemon yang bermula 7 setengah di NTV7 pada setiap sabtu malam.Ryu pasti tidak dapat melupakan gadjet-gadjet hot yang dikeluarkan dari poket empat dimensi Doraemon.Memang dunia tanpa batasan imiginasi.
Hingga kehari ini pun,animasi Shin-Chan dan Doraemon masin gagah disiarkan umpama menjadi treadmark kepada stesyen siaran tersebut.
Doraemon memang comel di hati setiap manusia.Oleh itu,bilabilamasa mempersembahkan doraemon dalam bentuk cosplay.Enjoy!











Lagi diSini

Sudah terbukti kecomelan Doraemon kegilaan ramai ni kan.Seterusnya,mungkin ramai diantara kita pelik kerana setelah sekian lama animasi Doraemon ini disiarkan,tak pernah pula tunjuk penamatnya kan..hurmm...Sebabnya mungkin taknak peminat-peminat Doraemon sedih dengan penamatnya yang sememangya sedih hingga mungkin boleh menyebabkan airmata berjurai-jurai menghempas bumi.


Ryu cakap:credit to Hiroshi FUJIMOTO sebab buat jiwa gua yang rock ni sebak!!!go Doraemon!go!Kepada bilik sesiapa yang berhabuk tu,kemas la.Nanti mata masuk habuk lagi (:

Anemona Dari Igor Pinigin

Igor Pinigin dari Ukraine telah berjaya memerah otak demi menghasilkan lampu konsep yag unik dan mampu berubah posisi dari kedudukan statik.hoh!sangat cool.Lagi cool kalau ada kat bilik aku!





Stop animation yang cool

Memang tervaik!

Bab Nikah


Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.


Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara."Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

Berlainan pula dengan couple (yang belum berkahwin dalam istilah remaja kini), ibu bapa lebih rela melihat anak mereka berdua-duaan ke mana sahaja. Bahkan menjadi trend dan kebanggaan bagi orang tua mereka melihat anaknya saling berpacaran ke sana ke mari. Ini merupakan proses normalisasi yang telah terbentuk dikalangan masyarakat kita yang saban hari mengikut telunjuk barat dalam segenap hal. Ada juga trend hari ini, sesiapa yang tidak punya couple akan dianggap tidak 'up-to-date'. Inilah satu musibat yang melanda realiti kita pada hari ini.

Jadi, kesimpulannya, ibu bapa, berilah ruang kemudahan untuk remaja anda mencari dan menyemai cinta pada jalan yang halal dan diredhai. Jangan pula tidak mengaku anak kalau satu hari nanti, remaja anda terlibat dalam kancah zina dan buang bayi!!


Ryu:Nantikan kemunculan kempen 'Jom Nikah' di kawasan anda :)
credit to hendrastar
*Post ini tidak mempunyai sentimen politik sekian.

Telah diceroboh sepenuhnya

Dalam post tempoh hary,ryu telah memperkatakan tentang laman sosial baru yang dibangunkan oleh rakyat kita tetapi selepas seminggu laman ini mula bertapak,ternyata terdapat pihak yang mampu dan telah menjatuhkan website 1malaysia.com.


Masej dibawah ditinggalkan oleh Devilzcode,hacker 'bijak' yang berjaya membolosi seterusnya menjahanamkan website 1malaysia dan akhirnya website 1malaysia menerima 'habuan' dan terus lumpuh.
Semoga pihak admin 1malaysia mempunyai backup data yang ada untuk memulihkan keadaan.Manusia sememangnya mempunyai perangai yang menyedihkan.

Jam yang super cool

Memang superb gila jam Hublot La Clé Du Temps dari HUBLOT yang direka oleh Mathias Buttet. Jam keluaran khas ni bakal menemui penggila jam seluruh dunia pada mac akan datang. Memang penulis ada niat mahukannya tapi apakan daya,,,
Gila ape nak labur berjuta ringgit hanya nak tengok masa.hoh!
Masa itu Emas dan tak perlu Emas untuk melihat Masa
Tapi serius aku mahukannya kalau ada sesiapa nak jual dengan harga rm50..wink2




InsyAllah versi Melayu

Memang hebat betol Mat Zain ni nyanyi lagunya yang telah popular di corong-corong radio dan telah berjaya menembusi gegendang telinga terus tepat ke hati peminatnya.Kini lagu yang telah meresap penuh ke dalam jiwa makhluk-makhluk di pelosok bumi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.SubhanAllah...
Fasih la jugak mamat ni nyanyi dalam bahasa kita :)

27.1.11

Satu Malaysia dot com


Pada suatu hari ryu berkunjung ke blog sahabat-sahabat lama untuk melepaskan kerinduan yang amat sangat kepada mereka.Nak dipendekkan cerita,ryu terbaca entry
1Malaysia.com , laman sosial REVOLUSI baru
di blog Encik Bedak Sejuk a.k.a EBS.Jangan tanya penulis mengapa,kenapa dan bagaimana nama beliau sebegitu.Adakah kerana beliau pengilang,pengedar ataupun ada kene mengena dengan produk bedak sejuk?Kene la tanya sendiri pada tuan empunya diri.

Kembali ke dunia realiti,post kali ni ryu nak cakap pasal social networking yang baru wujud 2011 ni.
1malaysia.com nama diberi.Natijah yang dapat ryu buat untuk social networking baru ni adalah ianya bagai gambungan antara tweeter,facebook dan myspace.
Malas la nak ulas sebab ada banyak kirja nak buat.Klik je kat post EBS uh..Dia ada ulas sikit :)
Selamat bersosial ye Malaysian..Sokongla produk tempatan.
So Malaysian :)

Santapan minda-Alhamdulillah


Credit to awie

18.1.11

Raksasa buas


Pabila mata bertentang mata,
Hati berdegup kencang...
Nak tengok kencang tak kencang kenelah tekan sini

Salam kemaafan tanpa duit raya


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara 2011 disamping gambar ryu sebagai tanda kemaafan
untuk menebus kekecewaan pengunjung blog yang tidak seberapa ini.
Keadaan diri yang tidak terurus dan kesibukan bekerja yang melampau-lampau umpama buruh paksa yang hanya dapat berehat 3 jam sehari memaksa penulis tidak dapat mengemaskini blog kerana ketiadaan ruang masa yang dapat diperuntukkan untuk melihat dan menjenguk dimensi siber apatah lagi peluang untuk menekan papan kekunci walaupun untuk melepas rindu pada papan kekunci yang kian berhabuk dimamah usia.

Semoga pengunjung blog ini tidak terus kecewa kerana InsyAllah penulis akan mencuba mencuri sedikit masa dalam kehidupan seharian untuk mengemaskini blog untuk tatapan dan santapan minda pengunjung yang dihormati.
Sekian.
-Ryuzaki_san@Admin