30.11.10

Sumpah 'itu' sungguh jijik

Pelayaran dalam dunia tanpa sempadan lima minit lepas menemukan pada satu penemuan.
Bukan RnD(researh and Development) baru untuk dibanggakan seperti menggabungkan pemanas air dengan cawan menggunakan teknologi nano atau makan roti canai dan rendang di ISS seperti Dr Sheikh Muszaphar,tetapi satu gambar yang terlalu menggiurkan peminat dalam arenanya.Korang mesti tak faham kan????

Sila tekan bawah bagi siapa yang tiada alahan terhadap makanan laut dan tidak menghidap penyakit muntah berdarah.Pihak admin tidak bertanggungjawab pada reaksi penonton.
---->SINI<----
*amaran!!fikir dulu sebelum tekan!!!

29.11.10

Ini baru gila babi

Dengan lagak extream,babi ini hidup dengan hanya dua kaki sahaja
Ini ialah Zhu Jianqiang, babi berumur 10 bulan yang lahir di Provinsi Henan di China.Zhu Jiangqiang bermasksud "khinzir yang tabah" .Memang tabah kelihatan.

Menurut Wang Xihai, tuan punya babi ini,bininya mengarahkannya membuang babi ini ketika babi ini baru nak hidup. Tetapi kerana sifat kemanusiaan yang menebal dalam sanubarinya,dia tetap bertegas mahu membela babi unik ini dan mengajar Zhu Jiangqiang berjalan menggunakan 2 kaki selama 30 hari berturut-turut. Lama-kelamaan Zhu Jiangqiang mampu menggunakan kudratnya berjalan menggunakan dua kaki tanpa segan dan silu.

Teknik baru

Ryu cakap:Pengawas peperiksaan tidak diperlukan :)

Hari ini bab katak

Ini buka photoshop!

Katak Kodok Afrika atau Pyxicephalus Adspersus , ialah katak yang makan apa sahaja makhluk yang ditangkapnya,kalau dia rasa nak makan ikan,dia tangkap ikan la..kalau rasa nak try katak dia no hal sampai tikus pon dia leh bedal sebab katak ni karnivor.Katak Kodok Afrika ni boleh dijumpaia di Angola, Botswana, Kenya, Malawi, Mozambique, Namibia, South Africa, Swaziland, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe.
Katak Kodok Afrika juga mampu membesar sehingga 9 inci dan beratnya pula mencecah lebih 2 paket gula 1kg . Katak ni gak mempunyai kudrat melompat setinggi 12 kaki,bolehlah menangkap burung kalau gila burung


Ryu cakap:rasa-rasa ada sape minat nak bela??

Oh bertunang sudah

Percaya atau tak yang kita boleh bertunang tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal kan? Tapi, yang korang mungkin tak tahu,sebenarnya korang dah pun bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”

“Kahwinlah dengan kita bila2″

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon pun, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti belum baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

credit to mutalibraof dan habuk

Ryu cakap:korang dah tunang ke kan??hehe :)

Hukum kahwin dengan wanita hamil


Sila baca dan sebarkan (Mengahwini Wanita Hamil) Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan artikel ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

mafhumnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Sekadar info buat korang smua…
Kredit to habuk


Ryu cakap:seronok tengok cerita Asmara,tapi tak tahu hukum ea.. :)
renung-renungkan :)

Memang yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat pagi,petang dan malam kepada para pebaca setia(sayang u'all),baru nak setia(baru nak sayang u'll) atau yang singgah just nak letak link tapi tak tengok pon ada apa kat dalam ni(sayang sikit sebeb tolong naikkan traffic) :)

Selepas 78 minit merayap kat youtube tadi ada la terserempak dengan beberapa video yang menarik.Seronok juga dapat tengok aksi-aksi liar dalam video tersebut.
Sampai ada yang terlompat-lompat,terhenjut-henjut dan berbagai aksi yang diluar kemampuan akal manusia untuk melakukannya tapi hal terbabit mendatangkan kepuasan kepada
pelaku dan para penonton turut teruja dan penulis yakin yang penontom turut berasa puas dengan aksi-aksi dalam video dibawah

Aksi-aksi dewasa dan kanak-kanak yang extream

*kepada peminat jacko,aksi mengujakan pada durasi 4.09

Penulis ada gak tengok iklan-iklan yang menarik minat jiwa dan raga kat u-tube tadi dan nak berkongsi kasih dengan meletakkan video iklan dari siam ni.




Ryu cakap:Kalau camni la gayanya,kayap la Dr Romzey

28.11.10

Bahaya di airpot

Kita selalu mendengar tentang ugutan pengeboman yang berlaku di lapangan terbang negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Itali.Kadangkala perkara ini hanyalah ancaman dan ugutan walaupun ia tidak berlaku.Masalah ini menyebabkan penerbangan ditunda beberapa jam dan kadangkala memakan masa sehari dua.Hal ini menyebabkan jadual mangsa dalam keadaan tergendala dan merosakkan 'mood' bercuti.
Kita tinggalkan isu di atas dan teruskan membaca.

Ini salah satu keburukan pengimbas badan yang banyak digunakan di Airport serata dunia..




Tujuan sebenar adalah untuk mengenal pasti benda-benda yang salah disisi undang-undang seperti bom,mercun,mercun bom,mercun pop-pop,dan pistol kerana boleh mengancam keselamatan orang ramai tetapi bagi wanita yg bertudung dan menutup aurat sudah tentu menyebabkan aurat2 terdedah tanpa sedar... seperti dengan rela membenarkan pihak-pihak terbabit melihat susuk tubuh kita.



CONTAINS NUDITY AT :40


Ryu cakap: =.=

Turtle boy(TB)

Post kali ini tiada kaitan dengan gambar diatas walaupon ikhlas penulis memang minat menontonnya dan pernah mengimpikan memiliki beg dibawah.Jadi marilah bersama menonoton 'teenage mutant ninja turtles back to the sewer' pada setiap hari ahad pukul 7 setengah malam di tv3.



Berbalik pada topik asal,post kali ini adalah mengenai seorang kanak-kanak di China,
Maimaiti Hali yang telah bertahun-tahun menderita akibat kelainan fizikal yang dialaminya.
Dia tidak perlu mempunyai impian seperti penulis yang mengimpikan beg cengkerang kerana di belakangnya telah tumbuh sel kulit keras yang makin membesar sehingga terbebtuk seperti cengkerang.

Selain mendapat derita fizikal,TB turut menerima rintangan mental.Dia turut menerima 'pujian' yang melampau mengenai fizikalnya yang unik oleh rakan-rakan sebaya dan masyarakat yang 'prihatin'.
Namun,hidupnya bakal berubah.Bukan dek kerana dia tersepak duit kuwait berjumlah 1000 dinar tetapi pembedahan selama dua jam akan dijalankan di Hospital Tentera Xinjiang, China, untuk membuang ‘cengkerang’ di belakangnya.



Kulit yang berbentuk cengkerang itu sebenarnya adalah bahagian kulit di belakangnya yang mengeras.

Kerana usianya yang muda dan belum akhil baligh, pembedahan hanya boleh dilakukan jika dia berumur 8 tahun.

Namun begitu, kulit tambahan di belakangnya itu kian membesar dan mengeras seperti cenkerang yang dimiliki
kura-kura.

“Orang-ramai sering mengejek dia sebagai ‘anak kura-kura’ tapi saya bangga dengan Maimaiti Musai sebab ia adalah anak yang tabah dan berani. Kami gembira dia kini dapat hidup dengan normal,” ujar ayah Maimaiti Musai.

Ryu cakap:bersyukur kerana tuhan mengurniakan kita tubuh yang normal :)

27.11.10

Pink memang sesuai untuk si kakak

Memang sesuai pabila wanita memakai warna pink.Tetapi kadangkala tidak perlulah menunjukkan sikap obses terhadap warna pink itu kepada khalayak ramai.

Mungkin kakak dibawah ini 'tidak sengaja' berfesyen sebegitu.Tapi itu hanya satu kemunkinan.
"Dia tak sengaja la"
"mana la nak perasan baju dia terangkat"
"kan dia tengah duduk tu,apa masalhnya"

itu munkin yang dapat didengari daripada orang yang melihat gambar di bawah...
Tapi...

"da cantik dah dia pakai tudung,muka pun ok tapi pakai baju transparent pulak..
Mungkin fesyen la,dalam pon pakai lengan panjang...ok la..Tapi sekali singkat la baju dia..adushh..singkat sangat uh..memang nak tunjuk la uh yang dia minat kat warna pink kat orang...
"

Petikan daripada dialog saksi di tempat kejadian.

So,kepada wanita-wanita sekalian nanti tengok la sikit pabila
berpakaian uh yer.Renung-renungkan dan selamat beramal :)






Ryu cakap
:Macam-macam hal penduduk bumi ni...

14.11.10

Sudah memang nasibnya baik





Ryu cakap:SubhanAllah..dah memang kuasa tuhan nak selamatkan dia...

Dia Obama

Obama semasa kecil tinggal di Hawaii sehingga berumur 6 tahun. Tahun 1967, ibunya berkahwin lain dan keluarganya pindah ke Indonesia.Lagi gambar disini

Noh-Mizz Nina bertunang



"Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor. Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput. Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perbincangan yang dibuat antara kedua-dua belah pihak. Cuma mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan," kata sumber itu. -mStar

Fakta

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

8.11.10

komputer bercakap

Buat komputer/laptop/netbook anda bercakap. Lebih istimewa software/script ni anda buat sendiri. Tapi komputer kita ni akan bercakap slang orang putih la, dah diaorang yang reka.

Caranya begini:

1. Buka notepad.
2. Copy-Paste script berikut :

Dim msg, sapi
msg = InputBox ( “Apa yang Anda ingin saya katakan?”)
Set sapi = CreateObject ( “sapi.spvoice”)
sapi.Speak msg


3. Edit dengan retype semula semua quotation mark(“) kerana ” di blog tak sama dengan ” notepad.

4. Save as mana-mana folder anda nak letak fail ini, kemudian pilih all files lalu beri nama mypc.vbs
5. Selesai
6.Buka balik folder tadi
7. Tekan dua kali fail tadi (mypc.vbs)

Boleh tukar ayat lain dengan taip dan klik!


Ryu cakap:try la..

Ajoi the best

Salah kaler

Sebelum pergi lunch, Ajoi yang nak membodek boss dia, Mr. Brown tanya-tanya mana tau boss dia nak kirim pape..

Ajoi : Hello, boleh cakap dengan Mr. Brown.
Pengangkat telefon : Maaf, di sini Mr. Black.
Ajoi :Oops Sorry, wrong color!



Mamak Cendol

Lepas tu Ajoi keluar ofis utk lunch . Lepas makan di tengahari yang panas terik , Ajoi teringin pulak nak makan cendol Mamak tepi jalan. Dia tgk Mamak tu jual mangkuk yang besar sedangkan perut dia kenyang baru makan nasik.


Ajoi: Mamak cendol semangkuk berapa?

Mamak: RM2.50

Ajoi : Kalau separuh berapa?

Mamak: Mana boleh jual separuh.

Ajoi: Elo Mamak, pembeli tu kan raja!

Mamak: Elo bai….Raja mana beli cendol tepi jalan camni…


Payung

Balik petang tu, ada jiran baru pindah sebelah rumahnya. Ajoi berbual dengan anak jirannya yang baru pindah tu.

Ajoi: Dik umur berapa tahun?

Adik: 6 tahun..

Ajoi: Hah dah 6 tahun ? tapi pendek la…tinggi lagi payung pak cik

Adik: Umo payung pak cik berapa tahun?

Ajoi: terkesima…


Kahwin lain

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak dengan TV sambil borak2 ngan wife dia.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang.
Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga mcm ayang…….
abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

credit to blalang

5.11.10

Fakta atau Auta


Ryu cakap:Tidak mengetahui ketulenan artikel di atas.Kalau betul la,maknanya kene cepat-cepat cari bini la..huuuuu..Tak payah penat-penat kan diri pergi ke gimnasium. ^.^

HUJAN dan ILLUMINATI??