29.11.09

Bilamana ibubapa pandai mengawal..

sila pastikananda sudah cukup umur untuk menonton

skirt yang ngarot


Ryu cakap:ada gak orang nak pakai,sengal~

macam seram...

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"

foul!!!!

Ryu cakap:rasa cam wanita main bola lagi ganas.takuwwttttt~

Beliau tinggi tau~

Lagi disini

Ryu cakap:gila bapak

22.11.09

Betul bercinta??

Semoga ramai lagi lelaki yang sedang hangat bercinta bersifat seperti di bawah.

Saya suka tengok jari awek saya…
Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang…
Bukan takut patah… Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di depan yang maha Esa…
Saya suka tengok rambut awek saya… Cantik betol… Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung…
Bukan sebab jeles orang lain tengok …. Tapi takut terbakar dek api neraka
Saya suka tengok body awek saya… Cantik betol… Sungguh!

Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.

Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye…
Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya…
Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya? Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa… Semoga lebih cintakan Nya dari saya…
Bahagie nye dapat pakwe macam die… Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya… “Makan, minum, drive elok-elok ..
Nanti awak sakit saye susah ati ” katenya… Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu aper pun…
Berdosanye saya….saya memang sayang dia…
Nak jumper die .. Yang forever punye forever… Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama…
Bahagia selamanya… Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti… Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni…
Semoga kami menginsafi diri… Ya Allah ampunkanlah kami…. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti…
Cinta tu anugerah Allah… Pandai-panda­i la kita menjaga nikmat Allah itu ye..

Gangguan


Ryu cakap:ramai pilihan...

18.11.09

Bukan cerita kedai kopi.

Anak-anak zaman sekarang memang bijak belaka dan suka berfikiran secara logik. Walau apa pun petua orang tua zaman dulu mesti ada sebabnya kalau tidak takkan jadi warisan turun temurun.

Kata emakku;
“jangan berlagu bersama tungku
jangan berirama bersama belanga
jangan bernyanyi bersama kuali.”

Nanti,
kau nikahi suami tua
kau digelar nenek muda
cepat pula mewarisi pusakanya

Aku diam, patuh.


Kata emakku;
“membela engkau seorang
bagai menternak kerbau sekandang
ditinggal sendiri makan di padang
kuambil bila sahaja petang.”

Lain pula si daraku;
kalau dibiar, dicekup jantan
ramai orang bertukar syaitan
banyak musang berbulu ayam

Aku diam, patuh lagi.

Kata emakku;
“jangan jadi telaga
terhegeh mencari timba
nanti apa orang kata
mana nak letak muka?”

Engkau perempuan,
pasti datang rombongan
dirisik, dipinang, bertunang
tunggu sahaja naik ngajangan

Dan, aku sudah mula bersuara:
“sekarang zaman Indah Water
zaman water cooler, water heater
tiada lagi timba-telaga
beli saja water filter”

Ini era pili-sinki
sudah masanya mencari sendiri
asalkan itu jodoh serasi
asalkan itu calon berkualiti

Maaf emak,
kulintangi pesanmu itu
asal kau punyai menantu
yang tidak bertaring hantu

Dan,
emakku pula terdiam
lalu jawapnya;
“betul juga, ya”

13.11.09

Made in africa

10 bukti wanita itu rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba “mengorat” dia. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan cari “point” untuk jatuhkan kamu.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang “ewh nak melawan pula”.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba menggoda kamu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk bermain kayu tiga.

6. Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati “tu masalah kamu”.
Jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang yang tidak memahami.
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai dan di “level” sebagai lelaki penipu.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia akan memberi 1001 alasan untuk “cover”.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu dianggap kejam dan dayus.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama perempuan, mereka pasti bersumpah kerana semua
ini tidak benar.ngaaaaa….

12.11.09

Kesibukan dan maaf

Maaf kepada pelayar-pelayar internet yang memasuki laman ini bilamana ia belum di kemaskini.Sebagaimana yang saya ketahui yang anda tidak ketahui yang saya kekurangan masa
untuk meng-online kan diri.Dan masa yang ada kurang mencukupi untuk mengemaskini laman ini.Harap maaf.

2.11.09

Siapa lagi kebal

bila suami isteri mengeluh

Bacaan Dewasa.anak-anak kecil tidak memahaminya

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..



Ryu cakap:sila jangan ketawa kuat-kuat,senyum je la.^^

Senyum lah wahai manusia

Adakah anda selalu bersedekah?
tidak?walaupun sapuluh sen?aduh,alangkah ruginya anda.Kejarlah sebanyaknye pahala dikala

maut belum datang menjemput.Dan anda tergolong didalam kalangan mereka yang dalam kerugian bilamana semuanya terlambat.
Jadi,bersedekahlah walau hanya dengan satu senyuman.
:)

Hari ini bab jambatan

Biasalah kalau berjaya semua nak mengaku tapi dah jadi kes semua bersembunyi.

Setakat ini tidak ada yang mengaku.

Jabatan Kerja Raya kata mereka tidak dimaklumkan. Jabatan Pelajaran Perak juga berkata mereka tidak tahu menahu tentang pembinaan jambatan gantung itu.

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pula enggan mengesahkan samada mereka tahu atau tidak.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang pula telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat.

Seorang kontraktor tempatan memberitahu, kos jambatan seperti itu pada hematnya dalam anggaran RM30,000.00 sahaja.

Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin lagilah mengaku tidak tahu.

Kerajaan Perak samada yang sah atau yang tidak sah melahirkan rasa terkejut seolah-olah langsung tidak diberitahu.

Istana Perak lagilah tidak campur tangan dalam hal projek kecil-kecilan seperti itu.

Jabatan Perdana Menteri mengaku hanya maklum selepas kejadian.

Jadi siapalah yang tahu ?

Ada yang memberitahu, derma daripada orang tertentu.

Mereka yang berdekatan dengan perkampungan itu tetapi tinggal nun di hujung sana dengan sinis berkata, "ini projek dari langit agaknya".

Gambar dari Malaysiakini

kredit to alkerohi