30.7.09

Pastikan anda cukup berani

PASTIKAN ANDA BUKAN SEORANG PESAKIT JANTUNG MAHUPUN HATI.

ini bukanlah sesutu yang kelakar,tapi ingin saya ingatkan anda mestilah ada keberanian yang tinggi untuk melihatnya...

SILA TEKAN


pastikan anda berumur atas 18.
ngeri woo


pihak kami tidak bertanggungjawab atas kejadian yg bakal berlaku.atas risiko sendiri.

25.7.09

Kebaikan bila mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Sparta!!


Lagi gambar sparta yang agak err....unik di SINI

Jom kecek kelate

Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat


21.7.09

Peribahasa Malay

Peribahasa melayu yang ditranslate bagi yang kurang fasih
berbahasa melayu...uhuii

1) frog under coconut shell

2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation

3) let the child die, please do not custom perish

4) throw stone hide hand

5) already fell in befall ladder

6) harpoon two eyes

7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand

8) banana fruit twice

9) sparrow equivalent hornbill which flaying with

10) dog barked hill

Baju Resident Evil


Ryu cakap:perempuan tidak digalakkan memakai untuk keselamatan sejagat

16.7.09

Jom karaoke


comel kan binatang ciptaan ALLAH yang bernama kucing ni...Lagi yang comel diSINI

Batman yang lumpuh


Peringkat2 isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Terima kasih kepada penulis asal.

Gaya seorang ibu


Ryu cakap:perlu la kan nak seksi...macam2 hal

15.7.09

Pembetulan kiblat esok(khamis)

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Ryu cakap:agak rugi bagi sape yang bace post ni lepas hari khamis.ahaiii...dah x gune ape dah..

Kesan tidak memakai tali pinggang keledar


Ryu cakap:Memang la kalau dah ajal tak kemana,tapi sekurang-kurangnye kita kene usaha mengelakkannya.Kalau tak lari daripada dikejar harimau memanglah dibaham*apa aku karutkan ni,,,

Konspirasi kematian MJ

Tidak pasti kebenaran artikel ini,

Pada 1989 Michael Jackson dikatakan membuat satu kenyataan yang memeranjatkan kepada press : "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Selepas kenyataan tersebut, kehidupan MJ mula berubah. Dia mengalami pelbagai tuduhan meliwat kanak-kanak dan macam-macam berita yang memburukkan MJ di media. Apa yang MJ buat serba tidak kena pada pandangan media sehingga orang ramai dan peminat MJ sendiri mula membenci MJ dan pengaruh MJ mula berkurangan.

Untuk beberapa tahun di tinggal di England. Mendapat motivasi dari kawan lama beliau iaitu Cat Stevens yang telah memeluk islam yang menukar nama kepada Yusof Islam. Dari dia, MJ mempelajari bagaimana Yusuf hidup sebagai Muslim. Dia berkawan dengan penulis lagu , Zain Bhikha juga, yang menulis lagu bertajuk , "GIVE THANKS TO ALLAH", di mana dia mahu MJ menyanyikan lagu tersebut apabila dia sudah bersedia.

Selepas itu MJ mendapat jemputan istimewa dari sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa iaitu anak kepada Raja Bahrain. MJ tinggal di Bahrain lebih kurang 3 tahun di mana MJ belajar tentang Islam, sembahyang dan membaca AL-Quran.


Dikatakan juga meninggalkan kita lagu yang belum siap di rakam,
GIVE THANKS TO ALLAH.Untuk download tekan SINI
kredit to blalang

untuk artikel penuh,teruskan membaca di DIMENSIREVOLUSI

8.7.09

Erti sebuah persahabatan

Lagi yang comel di DIMENSIREVOLUSI

Ryu cakap:jangan kene makan sudah~haha

Toilet


Cool kan??lagi kat sini

Lucah??

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it…"..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.



Kesimpulan Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal ..


MACAM MANA ANDA? HEHEHEHEHE…….
Ryu cakap:aku normal,hang??kawan x taw la..haha

Ubahsuai badan

Di Jepun.
Ryu cakap:patutkah diorang berbangga??bukan ke sepatutnye diorang bersyukur dengan KEHENSEMAN dan KECANTIKAN yang dikurniakan tuhan???macam-macam hal la diorang ni...

Gua kecewa bro!!

Si A telah kecewa akibat lamarannya ditolak oleh aweknya. Esoknya kat rumah sewa, si B sungguh tension melihat si A dah 5 jam duk termenung keluar tingkap sambil memegang erat sesuatu ditangannya...

B: Boleh tak lu cerita kat gua apa problem lu? sedih gile ekspresi muka lu. Buat semak gua tengok.

A: Dah 5 jam gua tunggu soalan tu. Lu ni bestfriend gua ke tak ha?!

B: Yela aku dah start tanya la ni. Sebagai rakan serumah, masalah lu masalah gua jugak....

A: Sebenarnya.....isk isk isk...malam semalam...aku lamar awek aku...kecewa aku dia tolak..dah la ramai org tengok......malu campur sedih gua....isk isk isk

B: Dah tu apa yang lu genggam tu?! Owh... gua tahu tu mesti cincin lamaran tu kan?! bagi gua tengok jap


dengan sepantas kilat B merampas benda yang digenggam oleh si A.

A: Takdemendelah....... taik hidung aku je...isk isk isk....

B:WARGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Grimjaw chibi version

Grimjaw yang dikenali dengan perangai yang super ganas dihasilkan dalam 'chibi' version...
comelllll lokkk...


Lagi yang come di DIMENSIREVOLUSI

7.7.09

Surat kepada pak polisi


LAgi di DIMENSIREVOLUSI

Ryu cakap:Lain padang lain BElalang,lain tempat lainla ragamnye..hehe

Oh Pak Pandir

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."


Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..

6.7.09

Lawakkan...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan ?? Dari 1,000 org yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman... "

" Lawakkan ?? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak ?? Bila ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila masa sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat orang kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bila masa sembahyang raya... itu pun kekadang ketinggalan jugak..."

"Lawak la jugak, bila ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak ....? berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak.... kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. "

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama

erkk bayang.

Ryu cakap:x bertempat punye kreatif,mesti tengah bosan,,haha

MJ dikebumi di perkuburan kristian

Sungguh menyedihkan mendengar berita Michael Jackson akan di kebumikan di tanah perkuburan Kristian. Khabarnya walaupun dikatakan Michael Jackson telah memeluk agama Islam dan diakui oleh abang dan sahabatnya tiada hitam putih Michael Jackson telah menukar agamanya menyebabkan keluarga Michael Jackson yang sememangnya Kristian membuat keputusan menyemadikan Raja Pop Dunia itu diperkuburan Kristian.

Umat Islam di seluruh dunia pun tidak boleh buat apa-apa.

Majlis memberi penghormatan terakhir kepada Michael Jackson Selasa ini dijangka menjadi pertunjukan terbesar di dunia, seperti yang diramalkannya ketika hidup.

Kira-kira sejuta orang dijangka menghadiri majlis itu di arena Staples Center di Los Angeles dengan 750 juta lagi peminat menyaksikannya di televisyen.

Keluarga Michael semalam mengesahkan, upacara akan diserikan dengan persembahan dan dan penghargaan daripada beberapa legenda muzik.

Menurut laporan media di Amerika Syarikat, Michael akan dikebumikan dalam keranda bersalut emas 14 karat berharga RM87,000.



Michael Jackson akan dikebumi di Taman Peringatan Forest Lawn, Los Angeles, namun begitu keluarga Michael jackson sedang berusaha untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk menyemadikan Michael Jackson di rumah Michael Jackson sendiri iaitu Neverland.

Ryu cakap:keranda je dah 87k.mmg gila manusia skang ni..

Yang kreatif

3.7.09

Obses AMG(anime,manga,game)+kartun

Cosplayer yang cam haram..
Ryu cakap:haha,kan best kalau dapat pinjam kepala MS(mobile suit) uh buat helmet..mesti caraa