28.11.10

Turtle boy(TB)

Post kali ini tiada kaitan dengan gambar diatas walaupon ikhlas penulis memang minat menontonnya dan pernah mengimpikan memiliki beg dibawah.Jadi marilah bersama menonoton 'teenage mutant ninja turtles back to the sewer' pada setiap hari ahad pukul 7 setengah malam di tv3.



Berbalik pada topik asal,post kali ini adalah mengenai seorang kanak-kanak di China,
Maimaiti Hali yang telah bertahun-tahun menderita akibat kelainan fizikal yang dialaminya.
Dia tidak perlu mempunyai impian seperti penulis yang mengimpikan beg cengkerang kerana di belakangnya telah tumbuh sel kulit keras yang makin membesar sehingga terbebtuk seperti cengkerang.

Selain mendapat derita fizikal,TB turut menerima rintangan mental.Dia turut menerima 'pujian' yang melampau mengenai fizikalnya yang unik oleh rakan-rakan sebaya dan masyarakat yang 'prihatin'.
Namun,hidupnya bakal berubah.Bukan dek kerana dia tersepak duit kuwait berjumlah 1000 dinar tetapi pembedahan selama dua jam akan dijalankan di Hospital Tentera Xinjiang, China, untuk membuang ‘cengkerang’ di belakangnya.



Kulit yang berbentuk cengkerang itu sebenarnya adalah bahagian kulit di belakangnya yang mengeras.

Kerana usianya yang muda dan belum akhil baligh, pembedahan hanya boleh dilakukan jika dia berumur 8 tahun.

Namun begitu, kulit tambahan di belakangnya itu kian membesar dan mengeras seperti cenkerang yang dimiliki
kura-kura.

“Orang-ramai sering mengejek dia sebagai ‘anak kura-kura’ tapi saya bangga dengan Maimaiti Musai sebab ia adalah anak yang tabah dan berani. Kami gembira dia kini dapat hidup dengan normal,” ujar ayah Maimaiti Musai.

Ryu cakap:bersyukur kerana tuhan mengurniakan kita tubuh yang normal :)

Tiada ulasan: