Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan

11.6.09

Sifat calon suami yang baik

10 Sifat Calon Suami Yang Baik untuk dikongsi

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang
bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahualam

17.4.09

Kegagahan wanita dan kecantikan lelaki

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani.
Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..



Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wallahualam

14.2.09

Oh lelaki

1.Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.
Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)
-asalkan bukan kekasihnya.

27.1.09

Bujang dan Dara

Perbezaan lelaki dan pompuan time kenduri kahwin.

Lelaki (Bujang)
1.mandi
2.pakai baju,siap2
3.start keta,motor
4.sampei tempat kenduri,jumpe tuan umah
5.makan
6.pas makan rileks jup,isap rokok
7.balik umah
8.sampai kat umah

Perempuan (Dara)
1.mandi
2.berkemban
3.keringkan rambot
4.bukak almari,pilih baju
5.bawak kuwa sume baju ,bentang atas katil
6.pilih mane nak yang dipakai.
7.senarai pendek baju hendak dipakai
8.amik baju kebaya
9.letak balik
10.amik baju kurung
11.letak balik
12.wat pilihan lagi
13.cakap lam ati"baju mane yang menarik perhatian"
14.dah sah pilihan,baju kurung
15.pilih tudung plak
16.idop kan seterika
17.nyanyi2 smentara seterika panas
18.telepon berbunyi
19.angkat tepon"eh korang dah nak sampei?jup la.aku x siap lagik"
20.cepat2 seterika baju,tdung.
21.member sampei
22.call member"jup wei!5 minit lagik!korang tunggu lam keta"
23.pakai,baju,pakai tudung,
24.amik beg tangan,alat mekap sekali
25.masok lam keta
26.mule bertekak dengan member
27.kuwakan cermin
28.kuwakan alat mekap
29.mekap kan dulu
30.sampai je kat simpang
31.patah balik,seterika lupe off
32.sampai umah
33.member mintak pinjam toilet
34.dah abis sume,naik keta balik
35.sampai plaza tol
36.jalan jem
37.mule merungut,panas,mekap dah cair
38.kuatkan air cond
39.sembang2 hal perkahwinan
40.sampai kat umah orang kawen
41.salam dengan tuan umah
42.pergi makan
43.cedok lauk ayam skit
44.letak sendok balik
45.cedok gulai skit.
46.letak sendok balik
47.mule cite kat member cakap diet
48.amik laok skit,
49.amik buah skit
50.makan
51.abis makan
52.borak2 kosong ngan member
53.mate usha pompuan lain
54.mule bandingkan pakain mane yang cantik
55.tunggu pengantin
56.pengantin sampai
57.cepat2 pergi tangkap gambar
58.tunggu pengantin bersanding
59.pengantin abis bersanding
60.cepat2 naik pelamin,tangkap gambar
61.mule berangan
62.member marah,suh turun,die plak nak tangkap gambar
63.member tangkap gambar pulak
64.ikot pengantin masok bilik
65.mule cakap "wah!!cantiknye"
66.duduk atas katil pengantin
67.tangkap gambar lagik
68.mule berangan lagik
69.tgk adiah sekeliling
70.tarik pengantin,ajak tangkap gambar
71.dah tangkap gambar
72.gesel pipi ngan penganti pompuan
73.tunggu pengantin bagik cenderahati
74.dapat cenderahati
75.mintak bunga telor plak
76.dapat bunga telor
77.kasik adiah
78.salam ngan pengantin
79.sampei depan pintu
80.kasot ilang
81.cepat2 amik kasot orang
82.mule naik keta
83.mengumpat lam keta"laok x sedap,pengantin mekap tebal sangat,pelamin x lawa".
84.gelak2
85.mule berangan balik.nak wat perkahwinan besar2
86.sampai umah!!!

22.12.08

Lelaki dan Kucing Jantan

Just for release tensionn..!!!

dont take seriously...

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN.

Mengapa?Sila scroll ke bawah:

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain.
Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing,
selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki.
Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung
makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia.
Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa.
Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan....
Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated).
Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan.
For sure anda kenal lelaki anda, gunala bermacam cara untuk lembutkan hati mereka.
Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

14.12.08

Apabila isteri mengamuk

Asam garam rumahtangga, perselisihan pendapat atau bergaduh tu biasalah. kalau tak rumahtangga tu sunyi pula dan boring..Tiada pula pahit manisnya. Apa yang anda perlu buat apabila isteri anda mengamuk? Serlahkan kehebatan anda bila menghadapi situasi tegang ketika isteri tengah marah!

bila isteri mula turun tok nenek baling barang
--------------------------------------------------------------
anda cuba sambut ape yg dorang baling tu. inilah masanyer anda nak tunjuk kepantasan anda menjadi goal keeper.

Bila isteri anda mule menjerit tak pasal menengking, membebel tanpa henti
--------------------------------------------------------------
anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut
melodi sebenar penyanyi asal.
inilah masenyer anda nak tunjok yg suara anda sedap giler!

Bila isteri anda tenung anda cam nak telan (garang arh konon!)
--------------------------------------------------------------
anda senyum jek pandang isteri anda tuh! inilah masenyer anda tunjuk betapa
machonya anda ketika senyum!

Bila isteri anda hambik sumer barang dia bungkus ala nak lari rumah
--------------------------------------------------------------
anda tolong kemaskan barang dia. hambik semua barang dia masukkan dalam
plastik sampah kaler hitam tuh.
Inilah masenyer anda nak tunjuk betapa rajinnyer anda, ringan tulang dan suka
membantu.

Bila isteri anda menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
--------------------------------------------------------------
anda ketawalah berdekah hingga terguling.
Inilah masenyer anda nak buktikan bahawa anda berusaha buat isteri anda
gumbira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka!

3.12.08

Awesome Condom Advertisements*some


Ryu cakap:sisebabkan menjaga sensitiviti,sesetgah pic x dapat di tayangkan...maaf bagi sesiapa yg x bleh mnerimanya.

19.11.08

Tanda lelaki tu masih suami orang

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tgk awek lain.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dr tempat tinggalnya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur @ silent.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman.

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya @ koleksi awek2 yang lain.

11.Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12.Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya.

13.Jangan percaya belum kahwin kalau umur dah meningkat 30 lebih.

Ryu cakap:lelaki uh kalau dah ader bini x yah la nak menggatal yerk!*poyo je aku ni