29.6.10

Ariel meninggal dunia?


Terkejut seketika para peminat Ariel Peterporn dari Indonesia sehinggalah ke Malaysia apabila tersebarnya cerita yang menyatakan bahawa pada petang semalam kononnya vokalis Peterpan berusia 28 tahun itu telah meninggal dunia, gara-gara terlebih dos ('overdose') dadah psikotropik selepas penahanan Polis Indonesia terhadap dirinya baru-baru ini.

Namun berita itu kemudiannya disahkan sebagai satu olokan oleh laman KapanLagi.com - 'Ariel Tewas OD = HOAX!' - yang telah menghubungi salah seorang pegawai di balai polis Mabes, lokasi di mana Ariel sedang ditahan. Menurut pegawai berkenaan, Ariel



"baik-baik aja, sehat sekarang"

Seperti yang ramai maklum, Ariel yang kini mendapat jolokan Peterporn, telah ditahan polis pada 22 Jun lalu selepas menyerahkan dirinya apabila dinamakan polis sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi. Ini ekoran dari skandal dua klip video lucah yang memperlihatkan seorang lelaki mirip wajahnya bersama dua wanita yang menyerupai kekasih Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari.

Ariel, yang selama ini tegas menafikan lelaki didalam kedua-dua klip tersebut adalah dirinya, mungkin berhadapan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah. Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang menuntut supaya duda beranak satu itu dihukum rejam sampai mati, hukuman yang dirasakan mereka setimpal bagi seorang penzina. -Gua

ujian iQ pembaca bilabilamasa

Sesiapa yang rasa dirinya genius boleh menjawab soalan di bawah ni, bukan teka teki teka tekuk, bukan soalan trick tapi IQ test cara Islam. Siapa dapat markah penuh mmg kawan tabik spring.

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?

Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?

Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini?


dah dapat??rujuk jawapan disini

Sape pandai















Einstein mengajak Mr Bean bermain teka-teki.
Disangkanya Mr Bean pasti jadi lauk dia jer.

Einstein: Aku akan memberi satu pertanyaan, jika anda tidak tahu jawabannya maka anda membayar saya hanya $ 5,
dan jika saya tidak dapat menjawab pertanyaan anda, saya akan membayar anda $ 500.

Mr Bean mengangguk 18 kali menandakan dia setuju dengan cabaran Einstein.

Einstein mengajukan pertanyaan pertama:

Einstein : Berapa jarak dari bumi ke bulan?


Mr Bean : Mr. Bean tidak mengucapkan sepatah kata pun, seluk saku, mengeluarkan $ 5.

Sekarang, giliran Mr Bean…

Dia bertanya kepada Einstein:

Mr. bean : Apakah yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki, dan akan turun di 2 kaki?

Einstein melakukan pencarian di internet tapi tak berjumpa dan meminta semua teman-temannya yg cerdas. Setelah satu jam ia memberikan Mr Bean $ 500.

Einstein sambil bengang bertanya:
Jadi apa yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki dan turun dengan 2 kaki ??

Mr Bean menyeluk saku, dan memberikan Einstein $ 5.

Dia nampak sangat cool habis

Nak tau kisahnya,tekan sini
Ryu cakap:gelak ramai-ramai jom

Lokasi asal wallpaper WXP



Anda mungkin belum tahu bahwa sebenarnya lokasi sebenar wallpaper Windows XP iaitu sebuah bukit anggur di Sonoma Valley, California, Amerika Syarikat. Bukit tersebut 99 % mirip dengan apa yang kita lihat di wallpaper Windows XP. Seorang jurugambar yang mengambil gambar bukit tersebut Chuck O’Rear, pada mulanya tidak menyedari bahawa bukit tersebut mirip dengan wallpaper XP, yang ia tahu ia hanya tertarik dengan bukit itu kemudian memotretnya dan hasilnya memang sangat mirip dengan apa yang ada di wallpaper XP.

Proses selepas kematian

0 Minit :
Kematian secara normal atau perubatan terjadi ketika otak kehabisan bekalan oksigen.


1 Minit :
Darah berubah warna dan otot kehilangan hubungan, isi pundi kencing keluar tanpa izin.


3 Minit :
Sel-sel otak mengalami kerosakan secara besar-besaran. Ketika ini, otak kita akan terhenti untuk berfikir secara normal


4 - 5 Minit :
Kelopak mata akan membesar dan berselaput. Manakala, bebola mata pula akan mengerut kerana kehilangan tekanan darah.


7 - 9 Minit :
Perhubungan ke otak akan terhenti secara keseluruhan.


1 - 4 Jam :
Rigor Mortis (iaitu fasa Keseluruhan Otot Di Tubuh Menjadi Kaku) Membuatkan otot menjadi kaku dan rambut akan berdiri, akibatnya rambut tetap tumbuh setelah mati.


4 - 6 Jam :
Rigor Mortis terus berjalan. Darah yang berkumpul akan mati dan warna kulit akan menghitam.


6 Jam :
Otot masih berhubungan. Mula berlaku proses penghancuran, seperti kesan alkohol masih berterusan.


8 Jam :
Suhu tubuh melai menurun secara mendadak.


24 - 72 Jam :
Isi perut membusuk oleh mikroorganisma dalam pankreas mulai mencerna dirinya sendiri!


36 - 48 Jam :
Rigor Mortis Berhenti.


3 - 5 Hari :
Pembusukan mula berlaku dan luka-luka akan muncul dalam skala yang besar. Darah akan keluar melalui hidung dan mulut.


8 - 10 Hari :
Warna tubuh berubah dari hijau ke kemerahan sejajar dengan pembusukan darah.


Beberapa Minggu :
Rambut, Kuku, dan gigi akan mudah tertanggal


Sebulan :
Kulit mula mencair!.


Satu Tahun :
Yang tinggal hanya tulang temulang sahaja.


Ryu cakap:Untuk yang hidup.tambah ilmu

Link video panas Ariel ngan Luna Maya

http://www.luna-maya.com/
*jangan disebarkan hendaknya.

Ryu cakap:Kalau bende dah haram tak usah la nak halalkan...

25.6.10

Pakcik dan Makcik paling berjaya

Ape la nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni.Nak merembat pon sampai sanggup pakai kopiah.Siap lagi ber'colaborate'laki bini,duh!

7 kesilapan pengguna FB

Menurut Consumer Reports Magazine lebih dari separuh pengguna laman sosial dengan menggunakan data peribadi mereka, yang boleh digunakan untuk motif jahat.

Dikutip dari Vivanews Consumer Reports Magazine mengungkapkan setidaknya ada 7 cara yang sering dilakukan oleh pengguna facebook yang membenarkan pencerobohan yang boleh dilakukan :

1. Penggunaan Password yang lemah
Untuk mengatasi password yang lemah diharapkan menggunakan 8 karakter yang berisi kombinasi antara huruf besar, huruf kecil, angka dan simbol.

2. Tarikh lahir
Tarikh lahir sebaiknya jangan di viewkan kepada sembarangan orang, karena ia boleh digunakan untuk menghack kad kredit atau rekening bank.

3. Mengabaikan Facebook Privacy Control
Facebook Privacy Control ini boleh memaksimakan pembatasan akses orang luar terhadap data peribadi kita. kerana orang yang tidak kita kenal tidak akan terlalu bebas mengakses seluruh data di profil dan galeri foto.

4. Memposting Nama Anak di Caption Foto

5. Update status di Wall semasa berjalanan Jauh
Dengan menyatakan status sedang jauh dari rumah maka menunjukkan bahawa tidak ada orang yang berada dirumah semasa itu. Ini boleh dimanfaatkan orang yang bermaksud jahat untuk memasuki rumah. Jangan terang-terangan mengatakan tarikh anda akan keluar sekeluarga.

6. Data Peribadi Bocor di Search Engine
Data-data peribadi anda tidak boleh sampai bocor ke search engine seperti google dan sebagainya.Untuk melakukan pembetulan sila klik bahagian account, pilih “privacy setting’ . Pilih option ‘Only Friends’ dan pastikan agar kotak ‘Public Search’ tidak dipilih.

7. Membiarkan anak kecil menggunakan Facebook Tanpa Pengawasan.

Sekarang sudah ramai kanak-kanak dan remaja yang menggunakan Facebook jadi orang tua mesti selalu mengawasi.

Oleh itu peringatan bilabilamasa kepada facebooker supasetup ‘privacy setting dengan betul dan terlalu ghairah mengumpul friends sehingga beribu2 untuk tujuan glamour sedangkan data peribadi kita terdedah kepada kebocoran. Lihat di kotak merah di bawah, dinasihatkan pilih kepada ‘friends only’.

Bola diminati oleh semua spesis di bumi


Penangan piala dunia katakan.waka waka ea ea..

Kisah RM1


Di suatu hari yang tenang tanpa berita pengeboman berani mati dan kes khalwat di sana sini, berlakulah pertemuan antara dua sahabat lama iaitu seringgit dan lima puloh ringgit.

seringgit : weh lima ploh, lame tak nampak aok pegi mane?

lima puloh: koi ni, dah merata peginye, kelab dangdut, kelab malam, disko, kelab golf, kadang kadang naik kapal Star Cruise pegi England, naik kapal terbang Air Asia pegi Uganda, pegi konsert AF, pegi stadium tengok bola.....tempat tempat gitu la slalu koi lepak. Aok camne pula?

seringgit: emm biase la koi ni...balik balik tempat yang sama je.... MASJID....SURAU.....MASJID.....

22.6.10

Sejarah nama tarikh

Pada awal pengiraan waktu, waktu dikira daripada mula terbit matahari yang dikenali dengan nama sistem "Sundial", yang menandakan waktu sehingglah terbenam matahari. Kebiasaanya, pada musim sejuk, waktu berjalan dengan lebih cepat.

Asalnya, setiap hari dikira dalam bentuk angka dan pada hari ke 7 setiap minggu dikenali dengan nama "Sabbat" yang bermaksud istirehat.
Sunday (Sun Day)
‘Hari Matahari’, dalam bahasa latinnya disebut "Dies Solis". Pada zaman dahuukala, orang-orang Babylon menyembah matahari sebagai Shamash, dan nama-nama yang digunakan adalah seperti : Baal, Moloch, Ahura-Mazda,Dagon, Ra, Sol, Marduk, Mithras, Khrisna, Aton, Woden, Zeus, Deus, dan Gott. Pada tahun 321 masihi, Constantine mengganti Sabbat, dan menjadikan Sunday sebagai hari istirehat.

Monday (Moon Day) Dalam Bahasa latinnya adalah "Dies Lunae" iaitu Hari Bulan. Mona Lisa bermaksud ‘moon lily’. Artemis (Diana) selalu dilukiskan dengan gambaran bulan sabit di bawah kakinya (Maria, iaitu dewi Kwan Im juga dilihat dilukis dan digambarkan dengan bulan sabit dikaki juga).

Tuesday (Tiw’s Day) Mardi ataupun juga disebut sebagai Hari Mars. Mars sebenarnya adalah dewa peperang puak Rom. Kalendar Rom juga menggunakan untuk bulan yang ke-3, yaitu March. Orang-orang Yunani kuno memanggil hari ini sebagai ‘Tiu Daeg’. Tiu adalah nama anak lelaki Woden dan Frigga, iaitu berhala bagi para ‘imam’ kafir zaman dulu.

Wednesday (Wodin’s Day) Odin atau Woden, adalah ketua bagi dewa Norse, yang memerintah Valkries dengan kuda yang berkaki lapan. Woden dipercayai sebagai suami dewi Frigga, dan bapa kepada dewa Thor.

Thursday (Thor’s day)
Dewa Halilintar Norse dan anak lelaki Woden, juga dikenal sebagai Taranus, atau Dutch Doonner (nama yang diberikan pada rusa Santa Claus). Melekat dengan hari Rom, Jupiter.

Friday (Freya’s Day)
Dikenal juga sebagai Frigga, isteri Woden, menggunakan lambang ikan (lambang kesuburan), yang sering kali diguna pakai sebagai lambang Kristian. Ikan yang bernama ‘Fry’. Orang-orang yang menganuti fahaman Katolik akan dapat memberitahukan kita bagaimana dan bila ‘fish fry’ terjadi. Orang-orang Rom menggelarkannya sebagai Astarte, atau Venus. Dia adalah Earth Mother. Atau juga lebih banyak dipanggil dengan nama Asherah, Astaroth, Ishtar, Easter, Nanna, dan lainnya. Orang-orang Yunani menghormati dewi Aphrodite, Dewi cinta, kecantikan dan kenikmatan seks… pada hari ini.

Saturday (Saturn Day)
Saturn adalah dewa pertanian untuk bangsa Rom, dan hari ini dinamakan khas untuknya. Planet ke-6 juga dinamakan dengan nama Saturn sebagai menghormati dewa ini. Di India dinamakan Dewa Shani Pooja. Hari Raya Saturnalia diubah menjadi hari Christmas pada tahun 525.

Ryu cakap:guna tarikh melayu/islam je senang

1.6.10

Mereka siap melayan anda

Ryu cakap:Ramai penghuni neraka adalah dari golongan wanita....

kisah disebalik Si diktator

•Bercita-cita menjadi seorang Pelukis/Seniman. Tetapi Ayahnya mahu dia menjadi Pegawai Negeri sehingga dia selalu dipukul dan di paksa masuk ke sekolah akademik dan bukannya seni.

•Ibunya pula selalu memanjakan dan memberikan kasih sayang dan selalu cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Hitler. Ibunya juga selalu mendakap dan memeluk Hitler selepas Hitler dipukul dengan teruk oleh ayahnya. Sebab itulah Hitler selalu membawa gambar ibunya didalam saku sehingga akhir hayatnya.

•Hitler sebenarnya adalah seorang yang pintar disekolah, tetapi.......teruskan membaca..

Macam ni la agaknya gayanya kalau Star Wars wujud


Nak tengok lagi tak???kalau nak sangat,tekan sini