31.1.10

Dia bernasib baik atau tidak>??


Gaya lagak seperti sedang mencabut undi atau cabutan bertuah..bernasib baikkah beliau??Siapa tahu apa nasibnya...Tekan sini untuk mengetahuinya

Sila pastikan anda berjiwa tegap dan gagah

Ryucakap:lucky draw??

Sayang anak jangan di timang-timangkan



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS )

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.


Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
wallahualam..

cellphone handfrees

Sistem pemerintahan kerajaan dunia

Kita ‘me’ apa?

SOSIALISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, anda memberi seekor kepada jiran anda.
KOMUNISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil seekor dan memberikan anda susunya. FASISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil kedua2 ekor dan menjual susunya kepada anda.
NAZISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil kedua2 ekor dan menembak anda.
CAPITALISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, anda akan menjual seekor dan membeli seekor seladang.
DI ISRAEL: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil kedua2 ekor, menembak seekor, mendapatkan susu dari yg lagi seekor, membuang susu itu… dan anda akan menembak diri sendiri.

Kencing berdiri

Kencing berdiri hukumnya makruh, kerana diragui terdapat percikan najis air kencing tadi terkena kepada seluar kita. Kata pepatah kalau guru kencing berdiri murid kencing berlari. Maksudnya kalau guru berperangai tak berapa senonoh apalagi murid-muridnya. Setakat ni tak pernah nampak lagi orang yang kencing berlarikan. Anjing pun tak pandai nak kencing berlari.

Perkataan kencing di zaman kini pula dalam bahasa slanga anak muda ialah menipu. “Kau ni kuat kencinglah!” Kalau Hang Tuah dengar mesti terpinga-pinga. Kalau memakai seluar jeans memang susah nak kencing mencangkung. Lepas tu orang ajak pergi solat berjemaah alasan yang biasa “seluar aku kotorlah..” dan tau seluar tu kotor dan bernajis siapa suruh pakai?

Di barat yang memang kreatif tak bertempat dan tak ambil kisah hukum agama ni siap buat alat untuk kencing berdiri di tepi dinding lagi. Janganlah barang ni masuk ke Malaysia, buruk benar rupanya.

Si pencuci tingkap di bangunan tertinggi didunia


Kerja-kerja pembersihan tingkap Burj Khalifa telah di berikan kepada Cox Gomyl yang berpusat di Melbourne, Australia. Syarikat ini dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi tinggi bernilai 5 juta Poundsterling, termasuk kren berputar mengelilingi bangunan Burj Khalifa bagi memastikan bangunan ini sentiasa bersih dan berkilauan.

Seeorang pekerjanya ,Flaherty berkata: "Saya seperti dapat melihat seluruh dunia. Ini benar-benar menakjubkan. Mick Flaherty yang juga digelar Men Of Steel. Berada di ketinggian 2,716 Kaki mungkin boleh mencatatkan namanya dalam Guinness Book of Records sebagai pekerja pengguna tali tertinggi yang pernah ada. Ketika Anda memanjat tangga, anda membuka pintu kecil ini dan semua yang anda lihat adalah langit biru. Matahari terasa luar biasa dekatnya. Itu akan membuat Anda berkata-kata "Aku sudah melakukan kerja ini lebih dari 9 tahun dan untuk pertama kalinya perasaan takut keluar. Ini kemuncak kerjaya saya. Tidak ada yang seperti ini "

SUMAYYAH BINTI KHAYYAT

SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.


Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak.....teruskan membaca disini
kredit to muslimahsyiqin

Untuk ayah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

——————————————————–
Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.
Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun
tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan
membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang
sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …
—————————-

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .


PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..

Campur

Apa yang akan terjadi kalau 2 item dibawah ini dicampurkan???
Sila tekan sini untuk melihat hasilnya
Ryu cakap:macam sedap...

30.1.10

Kisah tentang kahwin

1.) Lelaki biasanya berlutut untuk memohon wanita berkahwin dengannya, ini kerana lelaki ini nak tengok sama ade prempuan tu dara lagi ke tak.
2.) Gadis biasanya akan berkahwin dengan seseorang yang memiliki sifat ayah mereka, oleh itu, tidak hairanlah ibu ibu menangis di hari perkahwinan anak2 mereka.
3.) Keluarga kedua belah pihak biasanya membelanjakan rm10,000 sebelum perkahwinan, rm10,000 semasa perkahwinan, rm10,000 selepas perkahwinan dan 10 tahun untuk menjelaskan semua hutang2 tersebut.
4.) Secara normal, seorang pengantin lelaki memerlukan satu pakaian untuk bersanding, akad nikah dan acara lain, namun pengantin perempuan memerlukan 11 pasang pakaian untuk semua aktiviti.
5.) Disebabkan oleh gugup, pengantin lelaki menghabiskan masa berjam-jam untuk melafazkan akad nikah.
6.) Trend zaman skrang, mlm pertama biasanya berlaku 3 bulan sebelum perkahwinan dilangsungkan.
7.) Banyak perkahwinan sekarang memiliki urutan berikut:
bercinta, bertunang, berkahwin, gaduh, cerai, rujuk, kawin balik, curang, gaduh, rujuk, gaduh, cerai, CINA BUTA, mulakan dari awak semula.


Ryu cakap:cakap kosong,jadikan renungan

Ryu kini kembali

Assalamualaikum,kini ryu kembali walaupon keadaan tangan masih belum pulih sepenuhnya.Walaupun sudah terlambat tapi ryu masih ingin mengucapkan selamat kepada-awal muharram,tahun baru dan thaipusam.Maaf.dan maaf..kepada semua..