Kencing berdiri hukumnya makruh, kerana diragui terdapat percikan najis air kencing tadi terkena kepada seluar kita. Kata pepatah kalau guru kencing berdiri murid kencing berlari. Maksudnya kalau guru berperangai tak berapa senonoh apalagi murid-muridnya. Setakat ni tak pernah nampak lagi orang yang kencing berlarikan. Anjing pun tak pandai nak kencing berlari.
Perkataan kencing di zaman kini pula dalam bahasa slanga anak muda ialah menipu. “Kau ni kuat kencinglah!” Kalau Hang Tuah dengar mesti terpinga-pinga. Kalau memakai seluar jeans memang susah nak kencing mencangkung. Lepas tu orang ajak pergi solat berjemaah alasan yang biasa “seluar aku kotorlah..” dan tau seluar tu kotor dan bernajis siapa suruh pakai?
Di barat yang memang kreatif tak bertempat dan tak ambil kisah hukum agama ni siap buat alat untuk kencing berdiri di tepi dinding lagi. Janganlah barang ni masuk ke Malaysia, buruk benar rupanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan