21.1.13

KOPI dan kebaikannya


Dahulu setiap kali gua ulangkaji hendak menghadapi ujian yang mendatang,gua dok lah minum kopi nak stay-up kononnya.Tapi sejarah hidup gua tidak pernah membenarkan kopi menjadi alternatif untuk menahan rasa mengantuk dan rasa ingin tidur.Buka buku,baca dua perenggan dan tiba-tiba gua terbangun dari tidur.nampak tak.Gua tidak sedari moment gua tidur.haish.Jadi gua biarkan cerita tergantung jikalau ada yang tidak faham.

Sebenarnya gua nak cerita tentang kopi.Tidak kisah lah sebarang kopi.Ada pelbagai jenis kopi gua dah rasa.Antaranya kopi nenas dan kopi tongkat ali.kopi misai je belum.if you know what i mean :3
Kita sering dimomok-momok kan tentang keburukan kopi pada kesihatan tapi tahukah korang bahawa kopi merupakan antara minuman kegemaran Nabi Muhammad selain daripada susu dan madu?Kajian mendapati lebih dari 400 juta cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu

Apa dia kebaikan kopi sebenarnya?

1.Kandungan kafein pada kopi.

Kopi dianggap sebagai minuman untuk menambah apa jua tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Betulkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, yang  berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung.
Jadi tidak hairanlah apabila pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk.bagi sesetengah orang. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. :)  Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun.
Inilah logika mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein dapat membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera.awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

2.Kopi bergula meningkatkan prestasi otak.

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa prestasi otak dapat ditingkatkan dengan secawan kopi. Saintis di Universiti Barcelona mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut

3.Antioksida yang terkandung dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi pelindung tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II.

Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan. Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik."Secawan kopi setiap hari sudah cukup".
Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.

Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.
“Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” katanya.



kredit to informasi kini

Tiada ulasan: