29.11.10

Oh bertunang sudah

Percaya atau tak yang kita boleh bertunang tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal kan? Tapi, yang korang mungkin tak tahu,sebenarnya korang dah pun bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”

“Kahwinlah dengan kita bila2″

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon pun, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti belum baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

credit to mutalibraof dan habuk

Ryu cakap:korang dah tunang ke kan??hehe :)

6 ulasan:

nur berkata...

kan senang meminang tu... :D

mynameisryu berkata...

as easy as 1,2,3 :)

DsCaRNiA berkata...

hehe i like...
ehem2 kiranya, ramai jugak la yang putus tunang... (bila bercinta dengan orang lain @ kawin dengan orang lain) ahaaaa

mynameisryu berkata...

haha agak la :)
nad da kawenn suka la ye :))))

DsCaRNiA berkata...

haha iye.. best kawin.. lalala

loveville berkata...

ryu dh bertunang? hihikk