18.4.10

Takziah kepada keluarga arwah


Achik Spin atau nama sebenar Abdillah Murad Md. Shari, 28 meninggal dunia petang tadi akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas).

Kejadian dikatakan berlaku pukul 6.15 petang melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik terbabas.

Kenderaan tersebut dikatakan terbakar dan meletup. Achik yang tercampak keluar daripada kenderaannya itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2.

Achik berasal daripada Felda Sendayan Negeri Sembilan.

Antara filen yang pernah dibintangi Allahyarham ialah Diari Romeo pada tahun 2003 (pelakon utama) dan menyertai kumpulan Spin pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke 17 pada 2004.

Tiada ulasan: