30.1.09

Buku Mesti Baca


Tajuk : Akrab Dengan Tuhan

Pengarang : Mohd Zawawi Yusoh & Amira Hariyati Ruzaidi

Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd

ISBN : 978-983-3603-90-9

Mukasurat : 166 Halaman


Bercinta dengan Tuhan itu tidak susah. Bercinta dengan manusia itu yang lebih payah. Dengan Tuhan, cintanya tidak ada syarat. Sekiranya seorang hamba itu hendak bercinta Tuhannya, bercintalah. Dia tidak akan berkata,
Kau hendak bercinta dengan aku, kena banyak duit. Ada kereta, baru aku timbang-timbangkan. Boleh kau kuruskan badan dulu?
Sebaliknya Tuhan berkata, Selangkah kau datang padaku, seribu langkah aku datang pada kamu. Tuhan sayangkan kita. Jika kita balas balik sayangnya, tentu dia gembira dan menghargai kita.
Apabila Tuhan menyintai kita, dia melindungi kita daripada sebarang kejahatan. Dia menutup mata kita daripada melihat maksiat, menutup telinga kita daripada mendengar maksiat dan menguncikan mulut kita daripada berkata perkara maksiat. Dia menutup hati kita daripada berhajat ke tempat-tempat maksiat yang tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah keburukan pada kita.
Tuhan menyuruh kita meletakkan cinta yang mudah dan membawa keuntungan ini di tempat teratas. Bukan tidak boleh menyintai yang lain, tetapi sebelum itu perlu cintakan Tuhan dahulu. Apabila kita ingat dia semasa kita cintakan manusia, kita dapat mengawal perjalanan cinta itu supaya sentiasa terpandu dalam kebaikan. Pasti Tuhan meredai dan merestui cinta kita pada yang lain.

Ryu cakap:Aku bace buku ni time naik bas gi Cameron.Buku ni kepunyaan seorang teman.Mule2 engat buku ni cam buku biase arr,,,cam boring jep///tapi aku try la bace gak...Pas tu...Perh!!!masyok gile beb ayat die gune....Aku bagi 11 dari 10 bintang~

3 ulasan:

nur berkata...

kau tak tanye empunye buku tu yang dia beli kat mana?

Oo..

mynameisryu berkata...

kat kedai buku biase ade insyallah....

mira berkata...

subhanallah.. alhamdulillah...

kebetulan terjumpa page ni masa search. terima kasih ya..

(memang terkejut sangat ni)

:)