31.1.09

Aku tak minat shuffle

Shuffle adalah tarian yang sedang top kepada remaja-remaja Malaysia sekarang ni. Seperti tarian-tarian dahulu yang top seperti breakdance,moonwalk dan sebagainya. Saya
sendiri pun tidak tahu asal usul tarian shuffle ini, tup-tup ia telah meletup di Malaysia pada tahun 2008.

Walau pun shuffle tidak sebahaya tarian breakdance yang boleh menyebabkan patah tengkuk, dikhuatiri remaja Islam terpengaruh dan terikut-ikut budaya barat yang jelas telah runtuh kualiti akhlaknya.

Kaki mereka secara automatik bergoyang apabila mendengar musik shuffle yang ala-ala disco.
Walau bagaimana pun tarian shuffle mendapat galakan dari pihak-pihak yang tertentu seperti radio Era yang menganjurkan pertandingan Shuffle yang menghadiahkan melancong
ke luar negeri kepada pemenang tempat pertama.

Masih ingatkah kita bantahan Pemuda Pas kepada kerajaan Pulau Pinang menegnai tarian jalanan. Walaupun sama-sama satu bumbung Pakatan Rakyat, yang lagho tetap dibantah. Tahniah kerana tidak memilih bulu.

Apa yang dirisaukan, tarian shuffle menjadikan jiwa remaja dan kanak-kanak menyintai kepada muzik dann tarian yang akhirnya menjadi "kaki clubbing" bila sudah besar nanti. Ingat ini adalah antara protokol ke 10 Yahudi.

Kepada para ibubapa, janganlah tidak mengambil pusing kehidupan anak-anak kita. Ambil tahu fesyen remaja yang terkini, rakan anak anda dan budaya mereka. Jangan sudah terlambat
baru kita sedar.Tentu kita masih ingat kejadian pijak Al-Quran oleh kumpulan blackmetal.

kredit to blalang.

Tiada ulasan: