18.12.08

Pinggan pakai buang ubi kayu yg boleh dimakan.

Pinggan ubi kayu yg boleh juga dimakan sebelum dan selepas digunakan, langkah bijak untuk menjadikan alam sekitar bersih..
UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan
kanji memekat kuah masakan.
Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.
'Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu.
Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.
INFO: Pinggan ubi kayu
# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.
# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.
# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.
# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.
# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.
# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.
# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.
# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.
# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

Tiada ulasan: