1. Kertas dibuat dari kayu, belajar memerlukan bnyk kertas (baca: buku). Jadi, dengan tidak belajar bererti kita telah menyokong gerakan Go Green!
2. Menjadi perokok pasif lebih berbahaya dari perokok aktif, oleh kerana itu marilah kita aktif merokok !
3. Makan makanan kotor boleh cirit birit? Tapi saya belum pernah dengar ada lalat yang cirit birit.
4. Gigit kuku merupakan kebiasaan buruk? Tahukah kamu kalau kuku tangan empat kali lebih cepat tumbuh daripada kuku kaki, untuk apa? UNTUK DIGIGIT!
5. Mengurangkan makanan akan membuat anda kurus? Cuba lihat paus biru, mereka hanya makan plankton dan mereka haiwan paling besar yang hidup di dunia Sekarang. Jadi, kenapa mesti sibuk nak diet?
6. Berlari dapat membuat jantung anda sihat dan panjang umur. Cuba kita lihat kura-kura. Jalannya amat lambat tapi dapat bertahan hingga 100 tahun. Jadi kenapa harus nak berjogging?
7. Minyak berasal dari kelapa yang merupakan tumbuhan. Bererti sukan makanan bergoreng – kita vegetarian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan