19.5.10

Gambar 'muda' mereka

Ini fakta dan bukan auta

Fakta ke auta? Saya mendapat artikel ini yang diemailkan dan membuat sedikit editing. Untuk fakta pertama Ibu Alexander pekak adalah benar, boleh try tanya En Google sendiri.

* Pencipta telefon, Alexander Graham Bell, tidak pernah menelefon isteri dan ibunya sendiri karena mereka pekak!

*Karya Pablo Picasso sangat tinggi harganya? tp pada semasa hidupnya, dia sangat miskin sehingga dia sering membuat lukisannya sebagai kayu bakar.

*Kerana putaran bumi, sebuah benda akan lebih jauh bila dilempar ke arah barat

*Di India, manusia secara sah boleh menikahi anjing

*Di abad 16 dan 17 di Turki, minum kopi adalah hal yang melanggar hukum dan boleh dihukuman mati

*Gorila memukul-mukul dadanya karena nervous

*Rekod pembunuhan kedua terbanyak dipegang oleh wanita bernama Countess Elisabeth Bathory- Hungaria (650 mangsa!)

>>Rekod pertama dipegang oleh Behram yg membunuh 931 mangsa!!

*setiap manusia dalam hidupnya rata2 menunggu selama 2 minggu di lampu merah

*Botol/tempat makanan plastik baru hancur setelah 50.000 tahun

*dalam satu bola golf secara rasmi ada 336 lubang2 kecil

*Trend bunuh diri Harakiri di Jepang dipopularkan oleh Kiyoko Matsumoto pada tahun 1933. Setelah dia bunuh diri dengan melompat ke kawah gunung berapi, trend ini diikuti oleh 300 anak muda setelah beberapa bulan selepas itu

*Jika anda kentut secara terus menerus selama 6 tahun dan 9 bulan, anda akan memproduksi gas yang cukup untuk menciptakan tenaga yang diperlukan untuk sebuah bom atom!

*Penjaga pantai paling hampeh iaalah Lorenzo Trippi dari Ravenna, yang membuat 3 orang meninggal dunia dengan cara melemparkan pelampung penyelamat tepat di kepala para mangsa lemas.

*Morihei Ueshiba, pendiri aikido, pernah menakluki dunia sumo dengan menekan lawannya sehingga tak berdaya di lantai hanya menggunakan 1 jarinya!!

*Saat mesir kuno dulu, membunuh kucing bisa dihukum mati

*Di kentuky, AS, anda dianggap melanggar undang-undang jika membawa ais krim di saku baju anda

*Ejakulasi lelaki berkelajuaan 44KM/jam

*ada 9 juta org lain yang sama menyambut ulang tahun yang sama dengan anda.

*Laut yang airnya paling jernih di bumi terdapat di laut Weddell, yang terletak di lepas pantai Antartika, Kutub Selatan.

Beliau DOKTOR

Pada 29 April 1961 doctor Leonid Rogozov telah mengikuti ekpedisi ke-6 "Soviet Antarctic".Ketika itu Dr. Leonid Rogozov baru sahaja berusia 27 tahum. Selepas pulan dari ekpedisi tu,beliau telah jatuh sakit dan didapati mengalami sakit apendiks.Untuk menyelamatkan nyawanya, beliau telah menjalankan
operasi membuang apendiks oleh dirinya sendiri.

Transformasi dalam hidup

Dalam hidup,kita perlu ada anjakan paradigma dan transformasi untuk berjaya dan mendapat sesuatu yang diingini.Trasnformasi yang dilakukan sepatutnya ke arah positif agar tidak memberi implikasi ke atas diri,masyarakat mahupun negara.Jadi apakah trasformasi yang budak lelaki dalam gambar lakukan dalam hidupnya?
Tekan sini untuk mengetahuinya.

8.5.10

Kisah Doraemon

Doraemon ialah seekor kucing dari masa depan yang hadir dlm keluarga Nobita dan selalu mengelurkan barang-barang untuk membantu Nobita. Nobita ialah lambang kanak-kanak yang pemalas, kurang keyakinan diri, tertinggal dalam pelajaran dan selalu kena buli dengan Giant dan Sueneo.

Pada saya cerita Doraemon ni mempunyai ciri2 negatif yang boleh mempengaruhi kanak-kanak. Kanak-kanak yang sama nasib macam Nobita akan berangan2 mempunyai Doraemonnya sendiri dan tidak berusaha untuk maju. Jadi isuhangat harapkan kartun Malaysia yg boleh memberi ciri-ciri positif spt Upin dan Ipin banyak lagi diusahakan di pasaran yang sesuai dengan budaya kita.

Bola edisi piala dunia

Mencegah kegemukan dengan 8 cara

1. Jangan makanan yang digoreng
Masaklah mi dalam air, jangan digoreng. Begitu juga dengan nasi. Sajikan nasi yang ditanak/dikukus, jangan yang digoreng. Memilih daging juga lebih baik yang dipanggang.

2. Kunyah perlahan
Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan cubalah menikmati makanan sewaktu berada dalam mulut. Dengan demikian akan menyebabkan perut cepat kenyang dan membantu mencegah makan terlalu banyak. Nasihat lama yang masih boleh diikuti, kunyahlah makanan setidaknya 32 kali sebelum menelannya.

3. Ambil sedikit
Ambillah makanan pertama sedikit mungkin ke dalam pinggan Anda. Tambah sedikit demi sedikit bila masih lapar. Cara ini dilakukan agar Anda tidak merasa terpaksa harus menghabiskan makanan yang sudah berada di pinggan.

4. Tinggalkan meja setelah selesai
Segera meninggalkan meja makan setelah selesai dan jangan dilanjutkan dengan berborak. Ini dilakukan untuk menghindarkan diri keinginan mengambil makanan dari sana-sini di atas meja sehingga tak terasa perut menjadi terlalu kenyang.

5. Hindari kadar gula dan lemak tinggi
Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti kek coklat, kuih yang manis-manis , mentega, susu berkrim, aiskrim dan lain-lain.

6. Makan banyak buah
Makan banyak buah-buahan, sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan, dan karbohidrat dapat menjaga jumlah kalori yang masuk agar sesuai dengan keperluan.

7. Waspadai minuman bersoda
Anak-anak yang suka minum minuman ringan bergula berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para penyelidik Amerika yang diterbitkan oleh The British Medical Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangi minuman bersoda dan junk food yang berisiko mengganggu kesihatan. “Kami menemukan selalu ada minuman ringan di setiap hidangan tambahan, dan risiko kegemukan meningkat kira-kira 50 percent,” kata Ludwig.

8. Kurangkan menonton TV
“Kegemukan pada anak-anak diakibatkan oleh banyak faktor. Tidak ditekankan hanya pada satu faktor, yaitu minuman ringan dan masalah gizi, melainkan juga kebiasaan seperti menonton television,” ungkap Ludwig. Kebanjiran program di television, termasuk film-film kartun dan telenovela, membuat anak-anak dan suri rumah tangga semakin lama duduk di depan televisi sambil ngemil. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang gerak dan mudah menjadi gemuk. Dari 4.771 wanita yang diteliti di Singapura, mereka yang menonton TV tiga sampai empat jam sehari berpeluang dua kali lipat menjadi gemuk dibanding kelompok yang jarang menonton TV. Oh..drama bersiri Adamaya dan Alif Firdaus boleh menjadikan orang gemuk rupanya hehe.

Anak di rumah mati kelaparan

Pernah dengar "Kera di hutan disusukan,Anak di rumah mati kelaparan"???
Lihat dengan mata anda sendiri di sini

Islam dan logik

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?......Tersukan

Kisah kasih ibu

Walaupun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu kerana kita wajib menyayangi insan yang telah melahirkan, menyusu dan membesarkan kita dengan susah payah. Namun dengan adanya hari yang dideclaire hari ibu adalah sebagai pengiktirafan kepada insan mulia yang bergelar ibu,mak,mama,mummy,ma dan apa pun panggilan sekalipun.

Selamat hari Ibu kepada semua kaum ibu yang mengunjungi isuhangat ni. Anda adalah insan istimewa sebab itu “syurga ada di telapak kaki ibu’. Kita lihat kisah benar yang mengharukan mengenai pengorbanan seorang ibu yang mengorbankan nyawanya demi anak yang tercinta.

Bayi ini telah tertanam selama 24 jam dalam satu runtuhan . Secara ajaib dia diselamatkan tanpa sebarang goresan.

Dia berusia sekitar 3-4 bulan dan ibunya berlutut dan menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari tuntuhan bagunan sambil MENYUSUI bayinya!

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis,
“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”
Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.

Ryu cakap:Selamat Hari Ibu

6.5.10

sangat2 ngeri


Memang gembira pabila melihat wajah-wajah para ibu yang sedang mengandungkan bayi...
Tetapi ada tragedi yang bakal membuat mereka dan kita semua kecut perut tatkala melihatnya...
disini...PERHATIAN!!!18 SG.Tidak digalakkan bagi mereka yang fobia ngeri.

Facebook dan dosa-dosa


Dosa-dosa di facebook oleh Ustaz Zaharuddin. Sumber http://www.zaharuddin.net/

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin – padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.