14.12.12

Daun si cawan poket

Daun yang tampak menarik ini sebenarnya hanyalah sebuah cawan.Ke sehelai cawan ea?Cawan yang direka daripada bahan silikon ini dapat mengurangkan penggunaan cawan pakai buang dan seterusnya alam sekitar dapat dilindungi.Bagaimana alam sekitar dapat dilindungi?ngaji habiskan dulu ye dik,nanti tau la.Cawan poket yang cool ini hadir dengan tiga warna iaitu hijau,kuning dan merah.



Konsep asal topeng Bane dalam The Dark Knight Rises

Peminat Batman pasti mengenali Bane,antara penyangak yang kuat dalam sejarah hidup Batman.Dalam filem Batman the dark knight rises,interpretasi Christopher Nolan terhadap Bane memang mengecewakan ramai peminat dek kerana suaranya.topeng kurang la sebab tampak cool juga topeng brader ni.Segalanya memang dimulakan dengan konsep.Jadi gua tunjuk kat korang semua konsep asal Bane.







13.12.12

Minyak wangi berbau pizza

Minat sate?burger bakar?sedap kan aroma baunya.buat perut gua lapar tika mengenangkan baunya.
Tapi rasanya kalau gua buat perfume bau sate daging laku tak?korang nak pakai kah?
Eh dah kenapa gua banyak soal ni lahai.

Pizza hut telah mengeluarkan minyak wangi berbau pizza itu sendiri.Ya perfume bau pizza.Gua sebenarnya belum dapat bayang cemana gaya baunya sebab gua pun dah lupa bau pizza sebenarnya.Sebenarnya minyak wangi pizza ini pada asalnya daripada gurauan tapi menjadi realiti kemudiannya.Limited pula tu.

Tapi gua tetap tak nak pakai minyak wangi bau sate.


Aksi Hidup Mutiara Naga

Korang ingat live action Dragon Ball Evolution?Tak perlu la engat.buat penat je.Gua sebagai peminat setia yang terpacak setiap 9.30 pagi hari minggu di tv2 zaman muda dulu amat kecewa dengan filem tersebut.
Dengar cerita,siap nak buat sekuel lagi lahai!

Jadi ramai la peminat tegar satu dunia hentam deorang nak buat sekuel.Tapi biarlah,duit engko.Daripada gua dan engkau orang menonton sekuel filem itu lebih la baiknya jenguk filem daripada peminat Dragoon Ball ni.Walaupun lakonan tidak mantap dan mampan tapi sekurangnya ianya lebih baik daripada Dragoon Ball Evolution pada gua lah kan.

Shippo -Ekor kawalan emosi

Kembali pada tahun 2007-08,gua suka dengar lagu Kuroneko No Tango.Masa tu gua rasa diri ni comel je bila dengar.comel ke?Ok bercerita fasal kucing dan jepun,dua subjek yang menarik jika bergabung.

Seperti yang sedia maklum bahawa Jepun adalah negara yang penuh dengan keunikan yang terlampau sehingga boleh gua katakan aneh.Jadi,syarikat Neurowear menyatukan kebijaksanaan dan keunikan dan menghasilkan Shippo,ekor neko yang dikawal dengan emosi si pemakai.Sebelum ini,syarikat bijak ni dah menghasilkan telinga neko juga mengikut emosi pengguna.

Sejujurnya gua memang tak terfikir dek akal nak pakai mende alah tu.Hilang macho gua kiranya nanti.








3.12.12

Arc Reactor 'Lelaki Besi'

Siapa tidak kenal adiwira tanpa kuasa sakti Iron man.kan.waimmah penduduk planet Namek juga tahu.Dalam sut besi itu terdapat sebujur jasad yang diberi nama Tony Stark-lelaki kaki perempuan yang poyo tetapi cool.cool macam gua katanya.

Jadi kamu orang tahu kan mamat tu ada Reaktor Arka(Arc Reactor)di dadanya.ya,bende menyala itu la.Jikalau kamu orang mahu kelihatan seperti si adiwira itu,ianya boleh dilakukan sendiri(DIY) dengan menggunakan peralatan di rumah seperti LED, kadbod, besi pemateri,pemutar skru bunga,dawai tembaga dan lain-lain lagi.

Selamat mencuba kelihatan seperti Tony Stark dan juga kelihatan poyo.ya poyo.






Dan gua selitkan juga trailer Iron Man 3.

Model 3D Aston Martin dalam Skyll

Sejujurnya gua mamang belum berkesempatan menonton filem James Bond terbaru iaitu Skyfall tapi bukan ertinya gua tidak mengetahui tentangnya.

Seperti yang sedia maklum,James Bond sememangnya mempunyai hubungan yang malang dengan semua kereta di setiap filemnya.Kiranya memang malang la kereta yang mamat ni guna sebab memang pasti tiada yang kembali sempurna.

Buat pertama kalinya,penggunaan pencetakan tiga dimensi diguna dalam Skyfall.Jadi ikut suka la nak letupkan kereta Aston Martin tu berapa ribu kali tanpa menjejaskan kereta sebenar.

Pada skrin,model 3D ini memang tidak dapat dibezakan dengan kereta sebenar.walaupun ianya model kecil.Tidak percaya?percaya saja lah kawan.